Khamis, 14 Julai 2011

Mengapa Harus Bersedih?

Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa.
Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.

Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita. 

Firman Allah:
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - [Ibrahim 14:34]
Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang?

Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita?
Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?

Allah tarik sesuatu untuk  Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil. 
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.
Firman Allah:
"Jangan takut, jangan berdukacita." - [Al-Ankabut 29:33]
Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa.
Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya.
Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.
Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah?
Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah.
Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini.

Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu. 
Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan.
Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya.
Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?!
Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.

Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis?
Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat.
Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT.

Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita.
Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.
Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.

Isnin, 11 Julai 2011

~Pintu Taubat~


"Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit disebelah barat, Allah akan menerima taubatnya" [Riwayat Muslim, #2703].
Di antara syarat-syarat Taubat adalah :-
a. Segera meninggalkan dosa tersebut
b. Menyesal dengan apa yang telah berlaku
c. Bertekad tidak akan kembali kepada perbuatan tersebut lagi.
Seseorang itu hendaklah meninggalkan dosa tersebut 'kerana Allah' dan bukan atas sebab-sebab yang lain.
Akan tetapi, manusia itu lemah. Walaupun ada yang sudah bertaubat berkali-kali dengan mematuhi syarat diatas, ia masih lagi melakukan dosa tersebut. Manusia itu dikelilingi oleh musuhnya, malah, dirinya sendiri cenderung kepada hasutan-hasutan syaitan. Syaitan itu mengalir didalam tubuh manusia seperti darah, dan manusia itu hidup didunia yang menambat hatinya. Hanya dengan rahmat Allah swt sahaja yang dapat membantunya melawan musuh-musuh ini.
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang
( Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 128)

Allah Ajarkan Tentang Merancang


Bagaimana jiwamu hari ini? Rasa tenang atau kacau? Rasa selesa atau tidak selesa? Itu adalah termometer (pengukur) tahap imanmu kepada Allah. Allah banyak berfirman dalam Al-Qur'an bahawa orang-orang yang beriman itu tidak ada kekhuwatiran dan tidak mereka bersedih hati ... Ada Allah dalam hatimu? Ada Allah dalam dirimu? Ada Allah dalam rumahmu? Tepuk dada tanya iman.
InsyaAllah sedikit sharing malam ini. Saya sekarang ini hampir setiap minggu mengajarkan perancangan strategik dan saya sering gunakan video klip animasi kisah salah satu peperangan yang dihadapi oleh Salahudin Al Ayubi yang akhirnya berjaya membebaskan Baitul Maqdis.
Alhamdulillah saya mendapat pencerahan dari Allah bahawa salah satu sebab kenapa umat Islam begitu sukar mencapai kemenangan pada hari ini kerana kurangnya dalam melakukan strategi ketika merancang.
Video klip yang kami paparkan kepada peserta sangat menarik menunjukkan bagaimana dengan strategi peperangan yang hebat tentera Islam yang lebih sedikit dapat mengalahkan tentera kafir yang bukan sahaja ramai tapi lengkap dengan kelengkapan perang.
Salahudin Al Ayubi dan tenteranya pasti yakin akan ada pertolongan Allah tetapi kenapa beliau berstrategi? Kerana itu yang diajar nabi kita Rasulullah saw. Rasulullah saw setiap kali peperangan ada strateginya,sehingga sanggup menggali parit walaupun sukar, penat apatah lagi di bulan Ramadhan. Begitu pentingnya strategi. Allah juga menyebutkan dalam ayatNya bahawa Allah suka orang yang berperang dalam barisan yang tersusun kukuh,maknanya lengkap dengan strategi peperangan.
Namun lihat organisasi Islam pada hari ini sangat lemah di dalam merancang dan berstrategi. Padahal kita berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang hebat dalam melakukan strategi dan tipu daya. Kemudian bila kita gagal mencapai matlamat, kita kata "Allah belum bagi kita kemenangan" Wah santai-santai saja kita berbicara, bila kalah atau gagal di dalam mencapai visi (yang kadang-kadang dah lebih 50 tahun) kita tidak merasa bersalah kepada Allah kerana tidak merancang dan berstategi dengan baik, kita tidak merasa bersalah kepada Allah kerana tidak komited terhadap tugas dan tangungjawab kita. aduhai, jauhnya kita dari generasi Rasulullah saw dan para sahabat.
Mari kita lihat sejenak kehidupan kita. Kita jelas bahawa kita harus sempurnakan tugasan sebagai khalifah Allah dengan sebaiknya. Itu maknanya Bismillah, bayangkan kita mahu pergi ke Indonesia satu hari sekadar pergi berjalan-jalan, bayangkan bagaimana kita bersiap? Santai-santai saja kan. Kemudian dua minggu kemudian kita terima surat dari Perdana Menteri melantik kita untuk mewakili rakyat Malaysia untuk melakukan rundingan damai dengan kerajaan Indonesia berkenaan isu pembantu rumah.
Sekarang bayangkan persiapan kita ke Indonesia, adakah sama dengan persiapan yang pertama tadi? Pastinya tidak, Kali ini ada checklist. Kita bersiap jauh lebih awal dan memastikan dengan bersungguh-sungguh tidak ada benda yang tertinggal. Kenapa berbeza persiapannya? Kerana pada kali kedua kita melakukan atas nama rakyat Malaysia, rasa ada tanggungjawab, kita buat sebaik mungkin.
Manakah yang lebih besar,  rakyat Malaysia atau Allah? Pasti Allah lebih besar. Mana yang kita buat lebih bersungguh-sungguh atas nama Rakyat Malaysia atau nama Allah? Itulah maknanya Bismillah, Atas Nama Allah, kita buat sesuatu dengan nama Allah,  pasti jauh lebih hebat dan jauh lebih komited dari atas nama rakyat Malaysia.
Bila kita sudah faham buat atas nama Allah, maka pastinya kita perlu buat dengan perancangan yang berstrategi. Mungkin kita rasa lebih sukar mahu melakukan perancangan berstrategi. Ia akan memakan masa, tenaga dan perlu bersabar. Itulah sebab kenapa Rasulullah saw dan para sahabat sanggup menggali parit ketika berhadapan dengan Peperangan Khandak. Kerana Rasulullah saw buat atas nama Allah, biarpun penat, makan masa, lapar (ketika itu bulan Ramadhan) namun atas nama Allah perlu dibuat bersungguh-sungguh.
Bagaimana kehidupan kita. Hanya fikir dulu perancangan untuk diri sendiri, adakah kita merancang apa yang perlu di lakukan untuk hari esok?Adakah kita mencari ilmu pengurusan diri dan kehidupan kita? Betullah kata orang, gagal merancang bererti merancang untuk gagal,  ampuni kami Ya Allah.
Mari kita mulakan dengan merancang tugasan untuk tindakan kita. Adakan checklist dan fokus pada tugasan yang utama dahulu. Setelah berusaha kita serah dan bertawakal kepada Allah.

Ahad, 10 Julai 2011

kehidupan seharianku

 dah 7bulan dah berlalu....mcm bru je berlaku....masa berlalu dgn pantas..skrg ku di sem2 dlm engineering..wah jdi senior la...hehehhe...tpi x senior pun...mls la...baik jdi bdk baik je...baik ke..huhuh...ku bersyukur ALLAH bg ku umur yg pjg,bdn yg sihat n urusan ku lancr ddunia n akhirat....bersyukur sgt2...ALLAH syg ku lg..ALHAMDULILLAH...kehidupan ku seperti biasa dlm 7bulan nie...x ada apa2 berlaku just sakit2 tu dah lali dlm hdp ku...ku kene harungi gak walaupun skit..ku kene telan gak yg pahit tu walaupun susah hati nak terima....skrg ku kene ubah driku seperti dlu...skit2 perubahan ku telah bt...ALHAMDULILLAH ALLAH bg ku peluang untuk berubah menjadi muslimah yg diagung di sisi-NYA....

"Rawatlah hati kerana hati itu Raja kepada anggota.jika Raja sakit,semua rakyat turut berduka.jgn menjadikan luka semalam sebagai teman kerana luka itu akan merosakkan hari yang akan mendatang.nikmatilah kehidupan ini sebelum sang MAUT menjemput dan petiklah mawar walaupun terkadang tangan luka tercucuk durinya sebelum hembusan angin menggugurkannya....hamba ALLAH yang sedang membalut luka dihati untuk menempah tiket ke syurga-NYA didunia dan di syurga di sana..Insya-ALLAH..."

kdg2ku rindu gak dgn dia...apa yg ku mampu bt..ku hanye berdoa n berserah pada ALLAH je...ku x mampu nak melawan smua yg berlaku...ada kalanya ku berfikir kita bercinta dgn org salah kerana ALLAH mahu kita berlajar drpada kesalahan itu....jika tidak,mana mgkin Sayidatina Khadijah bernikah dua kali sebelum menikah dgn Kekasih ALLAH junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..apa-apa pun berwaspadalah..walaupun kita yg memulakan tpi jgn sampai melayan kite kerana syg tpi kerana kasihan...Yakinlah....jika itulah jodoh kita,tidak akan kemana larinya......

"kejujuran itu kekasih ALLAH,berterus terang itu merupankan sabun pencuci hati dan pengalaman itu bukti" Yakinilah......seorng pemandu jalan itu tidak akan membohongi org yg dipandunya....

"YA ALLAH....gantikanlah kepedihan dan kesunyian ini dengan kesenangan dan keceriaan.hilangkanlah rasa bergantung dgn org lain kepada rasa dekat dengan-MU.panaskanlah kesejukan kalbu ini dengan salju keyakinan dan padamkanlah bara jiwa yang mahukan dampingan org ini dgn air keimanan.kumohon kepada-MU Ya ALLAH.hanya KAU Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

segala kenangan ku dgn dia still ada dlm hati n fkiranku.....sentiasa ku ingat...sgala kesusahan,kepayahan n kegembiran ku lalui bersama dgn dia....ku x terpkir nak cri yg bru...sbb ku dah niat dia jdi peneman hdpku ddunia n akhirat....mgkin ALLAH x nak ku bersama dgn dia sbb nak bg ku tumpu pada pelajarn n mencapai impian ku....lgpun ku bkn nak kwin skrg pun..hehehe..klur dah jdh ku terima je...hehehhe...ada hikmah apa yg berlaku...ku terima segala2nye..walaupun susah...lgpun skrg ku still x leh terima lg....hari nie ku demam lak...demam rindu kot...hehehe..entah la...klur ku blik je kampus,mesti kerap sgt skit....mgkin cuaca dkt sni lain...mcm mane nak ddk oversea lak...mcm mane nak stdy dkt sana nie..cuaca ngara sndri pun x leh nak terima...hahahah....

ku kene trskan misi yg seterusnye...smga ALLAH lancrkan dan mempermudahkan segala urusan ku ddunia n akhirat...kuboleh!!!...amin3x...

Khamis, 7 Julai 2011

"rawat hatiku"

"Ya Allah....dinginkanlah panasnya kalbuku ini dengan dingin salju keyakinan.Padamkanlah bara jiwaku ini dengan renjisan air keimanan."

" Hidup kita mungkin untuk hari ini sahaja. Bangunkanlah keyakinan dri,bina tekad yg kuat dan semangat yang kental.Perbaiki kehidupan hari ini untuk terus hidup setahun lagi. Selamat tinggal masa luka yang berlalu. Tenggelamlah seperti terbenamnya matahari,usah bersedih lagi. Selamat datang esok dan mulakan hidup dengan hati lapang  menuju bahagi "

"Hati yang ikhlas tidak berkesan dek pujian mahupun tercalar dek kejian....hati yang ingat mati akan sentiasa hdp" (ingat mati slalu)

30 petua kukuh ikatan cinta

MENCINTAI dan dicintai adalah naluri yang dimiliki semua makhluk di
dunia ini. Selain manusia, makhluk yang menghuni isi alam ini
termasuk haiwan juga dianugerahi perasaan sedemikian.

Rasa cinta, kasih sayang dan membina impian untuk hidup bahagia
bersama pasangan yang dicintai menjadi harapan kepada pasangan
bercinta.

Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta
sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu
bersatu dan mendayung kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat.

Namun bukan semua harapan itu dipenuhi. Ada kalanya setiap
perhubungan diuji bagi mengenal sejauh mana kentalnya rasa kasih
pasangan. Adakah anda tabah dengan dugaan yang diberi?

Apapun, 30 petua berikut mungkin boleh dijadikan asas penting kepada
pasangan yang bercinta supaya hubungan terus kukuh, intim dan
akhirnya menjadi insan paling bahagia di dunia ini.

- Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia
berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang
berada jauh darinya.

- Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang
betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah
akan menemukan anda dengan pasangan.

- Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah
semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

- Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti
magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

- Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah
untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif
terhadap semua orang di dunia ini.

- Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat
taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta
maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

- Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang
terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan
akan membenci anda.

- Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila-
bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling
menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

- Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan,
wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

- Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh
berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang
sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

- Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan
hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih
sayang.

- Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang
dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini
secara berterusan hingga berjaya.

- Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan
hasrat kepada bakal pasangan.

- Tidak salah bagi wanita memulakan usaha untuk berkenalan. Lelaki
akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun
sebenarnya wanita yang memulakannya.

- Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah,
mata, hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau
kurang sopan terhadap bakal pasangan.

- Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan
kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada
diri sendiri.

- Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru
berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal
pasangan rasa selesa.

- Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada
bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada
kita.

- Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain
serta seronok untuk didampingi orang lain.

- Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan
benci terhadap sesiapa saja boleh menyebabkan bakal pasangan benci
atau tidak tertarik kepada kita.

- Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi,
nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk
berkenalan dengan lelaki lain.

- Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas,
tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap
pemberian lelaki terbabit.

- Wanita mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian,
penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Oleh itu, lelaki
janganlah terlalu berjimat atau kedekut.

- Lelaki harus belajar mengenal kerenah, perasaan, pemikiran,
kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian wanita.

-Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang
ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan
bakal pasangan.

- Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh
kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

- Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan
perbezaan sifat, tindakan serta minat. Terlalu banyak persamaan
membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

- Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan
sifat yang saling mengimbangi serta melengkapkan sikap dan sifatnya.

- Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang
anda sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir.
Keserasian adalah tarikan.

- Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki
membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan bersama.

Mengubah Ciptaan Allah : Jangan Penuhi Janji Syaitan

Firman Allah SWT dalam surah At-Tin, ayat 4 bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."
Amat benar. Sebaik-baik kejadian manusia, antaranya dibekalkan dengan akal dan pancaindera. Semuanya dianugerahkan demi manusia membina tamadun di atas muka bumi ini. Bermula dengan diri sendiri, membawa kepada pembentukan keluarga, masyarakat dan negara.
Begitulah penghargaan Allah kepada manusia, sesuai dengan tanggungjawab utamanya untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Kelebihan yang diberikan menggambarkan betapa manusia adalah sebaik-baik kejadian, untuk memakmurkan bumi. Berbekalkan akal, manusia menggunakannya ke jalan yang Allah redhai.
Namun, manusia lupa untuk bersyukur. Manusia mudah melakukan kerosakan. Bukan setakat merosakkan bumi, bahkan bermula dengan diri mereka sendiri. Mengubah apa yang telah Allah ciptakan dan tetapkan untuk mereka. Lebih teruk, mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Lelaki mengubah diri menjadi wanita. Begitu juga sebaliknya. Lebih luas, pelbagai penggubahan, tanpa memikirkan mereka sedang melakukan kekufuran nikmat. Ya, mengubah apa yang telah Allah ciptakan. Pelbagai bentuk penggubahan dilakukan hanya kerana inginkan kecantikan, kelihatan hebat dan sebagainya.