Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Tinggal 2012...Selamat Datang 2013

Pejam celik..pejam celik..dah masuk 2013..mcm x caya je...cepatnya masa berlalu...tarikh nie jgk sgt penting dan membuat hatiku sedih n luluh smpai x terkata...luka yang meninggalkan parut dan kenangan yang aku tidak boleh lupa smpai bile-bile....stiap tahun pasti aku akn ingat tarikh ini...aku cuba nak lupa tapi?????mgkin aku lum bersedia nak lupakan dengan sekelip mata je...mgkin dengan beransur-ansur...aku perlu kuat dan tabah untuk tempuh smua ini...tapi tahun ini,hati aku tidak terasa sedih sngat..mgkin dah 2tahun ia berlalu...tahun nie gak aku last year stdy...mcm x sabar je nak hbis stdy n smbg stdy lg klur ada rezeki lg....aku just merancang,ALLAH yang menentukan segala-galanya..mane thu hbis stdy ada keje n kawin lak...kita x tahu bagaimana perjalanan hidup kita seterusnya...

KAWIN???/mgkin lum lg sbb akk aku pun x kawin lg...kot nak langkah bendul lak...x nak la...ada ke emak aku kata kawin sekali 4...eh wah3x..x nak la..calon x ada lg...lgpun akk aku dah ada calon..so die la kwin dlu...aku stdy pun x hbis lg...tggu la apabila masanya..berjanggut la tggu..huhuhu...

azam tahun lepas ada yang tercapai n ada yang x tercapai....azam tahun nie nak jdi yang lebih baik sblm ini...mgkin lum jdi aku yang dlu,tapi aku akn berusaha jgk...bukan nak jdi org bagus tpi cukup la sejuk mata memandang...nak ubati luka dihati ini...biar sembuh seperti dlu...mgkin aku kene redha n pasrah apa yang berlaku...smua yang berlaku atas diriku smua dah tertulis...qada n qadar...nak hbis stdy dgn jayanya...amin3x...ada la azam x tercapai..aku akn berusaha gak smpi tercpai...huhuhu...

Sebaik mana pun perancangan seseorang, namun perancangan Allah jualah yang lebih baik dan terbaik pada setiap keadaan dan waktu. Apa yang pasti, setiap perancangan dan ketentuanNya itu pastilah yang terindah walaupun di mata kasar seorang manusia, seribu manikam menikam sukmanya.

 p/l: hidup kene teruskan..SELAMAT BERJUANG..^_^

Jumaat, 21 Disember 2012

iCty Shah Alam

Memang teringin nak g icty..tpi x kesampaian lg...akhirnya ALLAH memperkenankan hasratku nak g icty dah tercapai....alhamdulillah...berbanding mula-mula aku g,byk beza..sblm nie klur g parking kate RM1 je, tpi skrg RM10..mahal gile la...beza RM9..kejap je icty dah besar..dlu x leh mandi,just tgk lampu..tpi skrg dah ada tmpt mandi,main salji,gallery n mcm-mcm la...pnt kaki jalan stu icty tu..aku g 2hri..mcm x cya je...mula-mula nak msk snowalk je tpi mlm harganya mahal rm35..klur siang rm20 je...tu kena g 2hari...mula-mula g waktu malam just main permainan n berjalan tgk lampu...cntik gak..ramai gak orang..sesak nafas...nak solat pulak,surau kecik je...kena sabar la hati ini...huhuhu..

first day



second day (snowalk)



p/l : fuhhhh seronok yg x terkata tmbah pnt..huhuhu...relaxkan kepala...lain kali nak g lg..insyaALLAH... :)

Isnin, 17 Disember 2012

Team Bonding...

nie aktiviti time nak final...terlalu stress smapi skit kepala..so g rest jap..g la join aktiviti kos lain...kepala terlalu serabut sdgkan segala report,assgment  dah hntr...entah nape terlalu stress time tu???



nie time hbis segala aktiviti


bersama dgn ahli kumpuln..MENANGLAGI!!!!


p/s : huhuhu...rest gak kepala nie walaupun stu badan skit....PUAS hati!!!!!

Ahad, 16 Disember 2012

Suka-Suki Kami

Pejam celik dah 2 tahun kami bersama..susah payah sma2,gembira sama,sedih sma2 n eeeemmm segala-galanya bersama....masa umpama pedang..sentiasa berlalu tanpa menunggu sesiapa shaja...siapa yang leka,akan rugi...dah 2 thun aku stdy di kuantan...tggl sthun lg nak tamat stdy diploma tpi aku nak smbg stdy lg klur x ada hal melintang...insyaALLAH..smga ALLAH mempermudahkannya..amin3x..

nie bersama mentor

bersma rakan seperjuangan n mentor

bersma mentor..sma je muka..hahahhaha


time main boling lepas mkn di KFC..susah gak kumpulkan bdk kelas..sedangkan bukan ramai pun..tu la budak lelaki..ajak mkn pun susah..tido n main game kejenye...isshhhhh..

time mkn2

main boling..huhu

nie je bunga dlm kelas..huhuhu..kesiankan..


p/l : sma ikata ini akn berkekalan..amin...SELAMAT BERJUANG KAWAN-KAWANKU ini..


Ahad, 11 November 2012

Alhamdulillah....

Pejap celik dah 2thun berada di negeri orang..PAHANG..aku merantau n menjelajah...mcm jauh je...jauh gak la...aku dtg kuantan dengan hati sedih n sakit..dah 2thun kenangan pahit berlalu...hanya tinggal parut shaja..tpi aku nak parut ini pulih n x nak tinggalkan kesan pun....mcm baru semlam je ia berlaku...yang berlaku biar ia berlalu...hidup kene teruskan..tinggal setahun nak habiskan belajar (diploma)..lepas tu nak bt apa ye..nak KAWIN???calon x ada..x nak bercinta..serik la...knl kjp n trs je kawin...apa yang berlaku ada hikmahnya...rasa hbis diploma , smbg lg stdy..biar la orng nak ckp apa dah tua2 nak stdy...cri ilmu ini smpai ke liang lahat...so smpai mati la kene tuntut ilmu...dalam 2thun aku belajar ini,ramai kawan seperjuangku telah tamat zaman bujang..TAHNIAH ye..ada yg dah tunang..TAHNIAH jugak...ada yang dapat anak...nanti kawin ajak ye..InsyaALLAH akn dtg klur x ada hal ye...

alhamdulillah hbis tirai sem 4..mcm sekejap je..sem dpn sem 5..kene la pkir final project..nak buat apa ye...pening gak nak pkir apa...kene bt buku log lg...oooo..tidak!!!!!!perjuangan lum tamat lg...aku kene kuat n bersabar untuk tempuh sem hadapan....pelbagai ujian akan tiba sem depan...

cuti 2 bulan ini nak bt apa ye...nak keje..x nak la..emak mesti x bagi..x apa la ddk umah jelah..rehatkan kepala n rehatkan hati ini..hehehheh...byk perancangan telah akk aku bt dlam cuti ini.....aku kene la ikut die..katanya adik yang baik...huhuhu..

sekarang musim buah...eeeemmm x sabar nak blik kampg n makan buah...terutama buah manggis...sedapnya!!!!!!! nak sakit x apa...lgpun cti sem 2 bulan..x ada sapa nak larang..huhuu..aku skrg sudah BEBAS!!!!!!!...



 

p/l : doakan dapat smbg stdy di oversea lak...amin3x..smga ALLAH memperkenankan doaku ini...

Sabtu, 22 September 2012

Menyingkap Kekuatan di Sebalik SOLAT SUBUH

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :
"sesiapa yang hari ini lebih baik daripada kelmarin,dia seorang yang hebat..Sesiapa yang kelmarinnya lebih baik daripada hari ini,dia seorang yang tercela"   ( riwayat naim bin abdur rahman dan yahya bin jabir )


Kadang-kadang kita tertanya-tanya siapa manusia yang hebat itu?????siapakah mereka itu???
Mereka adalah insan-insan yang terpilih yang bangun awal sebelum subuh dan melaksankan SOLAT SUBUH setiap hari ikhlas kerana ALLAH s.w.t.

ALLAH s.w.t berfirman dalam surah al-isra' ayat 78 yang bermaksud : "Dan dirikanlah SOLAT SUBUH. sesungguhnya SOLAT SUBUH itu disaksikan oleh malaikat.

Tips untuk bangun awal subuh awal
  1. Setkan di minda,hati dan jiwa bahawa bangun awal ikhlas kerana ALLAH. Inilah asas kekuatan yang menggerakkan kita daripada tidur yang nyenyak.
  2. Mohon doa,kekuatan dan bantuan daripada ALLAH
  3. Mohon bantuan ibubapa,kawan-kawan dan alat penggera untuk mengejutkan banguan awal.
  4. Sebelum tidur,latihkan dengan mengikut sunnah seperti berwuduk
  5. Jika gagal,kita cuba lgi. Tanpa jemu dan bosan,insya-ALLAH lama kelamaan kita mampu melakukan.


p/s : nak jdi manusia yang HEBAT...bangunlah subuh awal...smga ia dimudahkan oleh ALLAH...SELAMAT MENCUBA  DAN BERAMAL SELALU...

Isnin, 27 Ogos 2012

~Beraya Bersama Mereka~

tahun nie konvoi beraya bersama rakan2 sek ren n sek men gemencheh...x rancang pun nak bt..just jln2 beraya umah seorg 2 rumah just trs g smua rumah kawan2 yg lain...g juga umah guru2 sek

GAMBAR KAWAN SEK REN

nie kawan-kawan seperjuangan..

nie bdk2 lelaki dlm kelas tpi ada lg...msg2 ada keje n bz..

muslimah solehah

bersama guruku



p/s : insyaALLAH tahun dpn bt lg..bertambah la kawan2 ku nanti...


SEK MEN AGAMA DATO HAJI MUSTAFA

muslimah sejati

girls2 je yang ada...

p/s : insyaALLAH thun dpn kita bt lg...konvoi ramai2...baru meriah..mengeratkan silaturrahim...





 

Ahad, 26 Ogos 2012

~SeLaMaT HarI Eid 2012~

Raya tahun nie agak bermakna dlm keluargaku...kehadiran orang baru dkt dunia nie..Muhammad Arief Syaamel n kak tehku beraya di kampung sekian lama x blik beraya bersama2..kehadiran mereka bermakna buat ayah n emakku....raya thun ini tema oren...masing2 pakai baju oren just family kak long je warna biru...asyik2 biru je stiap thun...huhuhuu...

nie adik-beradikku..just kak lang je yg x ada...

family along

raya ke2..nak jln raya..

nie la kak teh aku..ada rupa x..

posing dulu...huhu

p/l : SELAMAT HARI RAYA SEMUA..MAAF ZAHIR & BATIN...SMGA RAYA TAHUN INI MEMBERI 1001 MAKNA DALAM HDP.. :)

Selasa, 14 Ogos 2012

~MaJLiS KhAtAm Al-qUrAn~

alhamdulillah akhirnya dapat khatam al-quran bersama-sama rakan-rakan seperjuangan dalam bulan puasa..(ramadan)..bulan yang penuh barakah dan penuh keberkatan...TERIMA KASIH YA ALLAH..tarikh yg penuh bermakna 13/08/2012..majlis yang begitu meriah walaupun kesederhanaan....ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR BUATKU...


lepas majlis berlangsung

muka seronok je..

rakan-rakan seperjuangan..

p/s :terima kasih bagi yang terlibat menjayakan program ini...

Rabu, 1 Ogos 2012

PeNuTuPaN sUkMa..

Assalamualaikum smua...apa khr???sihat ke...saya alhamdulillah sihat just batuk skit...lama x update nie...biasa la sibuk skit...dengan kehadiran RAMADAN yg penuh barakah..yg bermula puasa pada hri JUMAAT bg negara MESIR dan MALAYSIA pada hari sabtu...bukan senang RAMADAN jatuh hari JUMAAT...mcm tiba hari KIAMAT lak..seram pulak..huhuhu..pada bulan RAMADAN nie agak sibuk..sibuk untuk mendekatkan diri dengan ALLAH...bukan selalu jmpa bulan RAMADAN ini...belum tentu tahun jumpa lg...so selagi bernafas hari nie,kene la hargai..PAHALA begitu banyak di bulan RAMADAN ini ALLAH bg pada HAMBANYA...huhuhu..HARGAILAH ia SEBELUM ia berlalu begitu sahaja....

time majlis penutupan nie,saya puasa syaaban..penat gak...dugaan puasa time tu...nak cri surau dkt stadium..x jumpa-jumpa..azan nak berkumandang time tu...last2 berbuka di dalam stadium bru g surau dkt terminal...
hadapan stadium kuantan

nie bene sukan sukma

nie time penutupan..lambat tggu PM msk..posing dlu...huhuh


p/l : rezeki tgk penutupan & perasmian live...lepas belum tentu dpt lg...lalalla

Ahad, 15 Julai 2012

BeNtEnG TeRaKhIr : SuRaH Al-KaHfI dAn TaUhId IhSaN..

 "...Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat dari awal Surah Al-Kahfi maka dia akan dipelihara daripada fitnah Dajjal.."

Inilah ayat yang menjadi azimat untuk menghadapi fitnah Dajjal. Ketika Nabi Muhammad saw mengungkapkan hadis ini di hadapan para sahabat,Nabi saw telah maklum akan kualiti iman dan tahap tauhid para sahabat dan orang hadir mendengarnya.Rata-rata para sahabat memiliki tauhid ihsan dan kualiti iman pada tahap tertinggi iaitu iman haqqul-yakin. Satu hadis yang menggambarkan situasi iman umat islam ketika Dajjal muncul berbanding kualiti iman yang dimiliki oleh para sahabat.

" Sesungguhnya jika Dajjal itu muncul di zaman kamu (zaman para sahabat) nescaya kanak-kanak akan melemparinya dengan batu tetapi dia akan muncul di saat bilangan umat islam yang benar-benar kuat beragama hanya sedikit dan pengetahuan agama pun sangat sedikit dan orang ketika itu hidup dengan tidak mempedulikan nasibsaudaranya yang seagama."

Nabi saw tidak bermaksud kanak-kanak di zamannya akan mempermainkan Dajjal tetapi jika Dajjal muncul dengan segala helahnya maka pasti dapat dikesan oleh kanak-kanak di zaman Nabi saw kerana kanak-kanak di zaman itu jernih tauhidnya. Saidina Umar ra pernah berkata di hadapan Rasulullah saw : " Biarkan saya memenggal lehernya "

Malangnya pada hari ini ramai di kalangan kita yang merasa gagah untuk menghadapi Dajjal tetapi di dalam masa yang sama tidak mahu memperbaiki tauhidnya. Ketika kita sibuk mencari Dajjal, ada yang langsung tidak mengenali Tuhannya yang sebenar.Jika ada manusia yang mengaku dia memiliki kerajaan langit pun masih ada orang yang percaya. Nauzubilah... Tauhid ihsanlah yang akan menjadi benteng akhir didalam menghadapi fitnah Dajjal.Keyakinan kita akan diuji.Di dalam hadis,malaikat Jibrail bertanya soalan kepada Rasulullah saw ;

"....khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan?" Jawab Nabi saw, "Ihsan itu ialah engkau menyembah ALLAH seolah-olah engkau melihatNya,tetapi jika engkau tidak melihatNya maka ketahuilah sesungguhnya Dia melihat engkau"

Tauhid adalah sebuah keyakinan ;keyakinan yang kukuh di dalam hati.Ia umpama akar yang terjunam jauh di dasar bumi.Akar itulah yang melambangkan keyakinan kita kepada ALLAH. Ia melingkar di dalam hati sanubari kita. Ia bukan sekadar dibibir dan pemikiran semata-mata.

Ketahuilah bahawa tauhid bukanlah segunung kitab tetapi apa yang tertanam di dalam hati dan hati orang bertauhid kene melahirkan natijah ihsan; sehingga amal ibadah , solat , makan , minum , tidur baringnya dan segala yang menyangkut hal kehidupan terasa seperti diperhatikan ALLAH..Orang yang tegar tauhidnya , yang itqan di atas jalan tauhid tasawwuf adalh mereka yang digeruni DAJJAL..


Senjata yang diperlukan adalah tauhid ihsan,iman yang kukuh dan melazimkan bacaan Surah Al-Kahfi.Ada doa yang dititip oleh Nabi saw sebagai senjata ampuh untuk menghadapi fitnah Dajjal.Sungguh mulia dan kasihnya Nabi saw kepada umat,bimbang kita tidak mampu bertahan dengan fitnah dahsyat Dajjal.Leraikanlah segala sengketa remeh demi sebuah kesatuan ummah. Tidak kira siapa yang memulakannya,biarlah kita yang menjadi orang pertama yang menghentikan sengketa itu. Ketahuilah sengketa dan kebencian sesama kita mesti dileraikan kerana ia adalah mainan yang didalangi oleh Dajjal.









Rabu, 11 Julai 2012

BeRsAnGkA BaIk..^_^

Dalam seharian kita hidup dan Alhamdulillah sehingga hari ini kita masih bernyawa, hampir seluruh masa kita akan bersangka. Ketika hendak pergi ke tempat kerja, kita akan bersangka sama ada jalan sesak atau tidak. Ketika membeli makanan di kedai, kita akan bersangka sama ada sedap atau tidak dan sebagainya.

Memang sukar untuk bersangka baik, sememangnya satu cabaran untuk kita. Tetapi terdapat banyak keburukan dalam bersangka buruk. Contohnya, ia boleh membuahkan perasaan hasad dengki dan sebagainya. Malah, ia akan menjadikan diri kita sendiri lebih buruk daripada orang lain.

 pakah pangkat atau darjat kita sehingga mudah untuk menilai yang buruk bagi orang itu sedangkan zahirnya mereka melakukan perkara baik? Bukanlah hak kita untuk bersangka buruk dan memburukkan seseorang itu dengan hanya melihat dari segi fizikalnya sahaja. Hak untuk menilai seseorang itu hanya terletak pada Allah. Hanya Allah yang berhak menilai seseorang kerana Dialah yang mengetahui setiap hambanya dari dalam sehingga luar dan apa yang kita tidak nampak. Hak kita hanya bersangka baik kerana itu yang terbaik.

 Jangan terlalu mudah kita menilai seseorang itu jika seseorang itu hanya melakukan satu perkara yang kurang enak pada pandangan kita tetapi tidak menjejaskan orang lain.Tiada hamba yang sempurna dan kita perlu sentiasa mencari seribu satu jalan untuk membaiki diri kita dari masa ke masa. Apabila kita nampak seseorang itu melakukan sesuatu perkara, jangan mudah bersangka buruk. Bersangka baiklah kerana ianya baik untuk diri, hati dan perbuatan kita.

Jika seseorang itu melakukan perkara buruk, ambil pengajaran dan ingatkan diri kita supaya membaiki diri menjadi lebih baik dan tidak melakukan perkara yang tidak elok. Bersangka baik, hati baik, diri baik, semuanya baik. Insya-Allah :)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. "
 
p/s : janganlah prasangka buruk dengan ALLAH dan orang lain..siasat dlu sblm bt keputusan..kepercayaan sangat penting dalam sesebuah perhubungan yang terbina... 



Selasa, 10 Julai 2012

ApAbILa UjIaN MeNjEnGuK KiTa ^_^

Gerimis demi gerimis yang jatuh ke bahu sepanjang kita berjalan di jalan raya kehidupan ini adalah satu titik tolak untuk kita menjadi lebih baik. Akan tetapi, kita sebagai manusia perlu bijak untuk memenangi dan berlumba dengan ujian. Sama ada kita kalah dalam perlumbaan sengit ini atau kita menang dan menerima satu lagi sijil universiti kehidupan. Sedar atau tidak, dalam kebanyakan masa, kita banyak belajar dari perkara atau peristiwa pahit yang berlaku di sepanjang kehidupan.

Kerana apa? Kerana manusia lazimnya berfikir untuk berubah apabila merasakan dirinya sudah ditimpa kesusahan dan kesempitan. Dengan cara inilah manusia dapat belajar sesuatu tentang kehidupan. Tanpa musibah, hampir sahaja kita melakukan perkara yang sama setiap hari tanpa memikirkan apa dan kenapa perkara itu kita lakukan.

Ayuh kita lihat beberapa situasi,
• Bilakah masanya kebanyakan dari kita mula mengamalkan diet dan melakukan senaman? Ya, tentu sekali apabila merasakan berat badan semakin meningkat. Juga apabila doktor mula berpesan "Kalau kamu masih lagi tidak mengubah corak kehidupan yang gemar makan apa sahaja, maka tunggu sahaja saatnya kamu akan jatuh sakit." Lalu, kita pun mulakan perubahan.

• Di dalam persahabatan, kita hanya mula menyedari keberadaan sahabat kita apabila dia sudah bosan dengan sikap dan keburukan kita yang tidak pernah diubah. Di masa itu, kita mula bekerja keras untuk mengambil hatinya kembali kerana merasa kehilangan.

• Setelah kehilangan ramai pelanggan yang berharga, barulah seorang CEO sebuah syarikat belajar ilmu-ilmu berkenaan bagaimana untuk memberi servis terbaik untuk para pelanggannya.

• Seorang anak yang tidak baik kepada ibu bapanya hanya akan mula berasa menyesal yang teramat apabila melihat jenazah kaku si ibu di pembaringan. Pada saat itulah, penyesalan mula timbul. Lalu barulah hendak menyulam penyesalan dan berniat untuk sebuah perubahan.

• Bilakah pula masanya kita mula berdoa dan kembali kepada Allah? Setelah kita mula merasakan diri kita berada di dalam kesempitan musibah. 'Wahai Allah, berilah kemudahan kepada kesusahanku dan ampuni dosaku kerana melupakanmu." Itulah doa kita!
Begitu sifat asal manusia, kesempitan, kerugian dan kesusahan mampu merubah diri kepada yang lebih baik dan positif. Dan kerana itulah kita perlukan ujian! Lantaran itu, selalu sahaja kita mendengar "ujian itu adalah rahmat". Dan tidak asing juga"ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada kita" sering kita dengari apabila kita berada di dalam kesusahan.

Fitrahnya, setiap yang diuji dengan kesusahan pasti dihujungnya ada keindahan. Semakin ujian itu berat, maka semakin jualah keindahan yang berada di hujung jalan kehidupan itu lebih membahagiakan. Namun hanya merasa bahagia apabila ujian itu dihadapi dengan tenang dan optimis.

Hadapilah ujian itu dengan senyuman dan segunung harapan. Senyum tanda syukur dan berharap hanya pada Allah SWT semata. Semoga Allah SWT memberikan keringanan untuk menghadapi ujian dengan ditambahkan kekuatan iman dan taqwa. Semoga dengan 'berat'nya iman dapat menghilangkan rasa peritnya ujian. 

Apapun keadaan, apabila ujian menjenguk kita hadapilah dengan tenang. Sentiasa bersangka baik dan bersyukur kerana Allah SWT sentiasa memberi suntikan sebagai tanda ingatan kepada kita agar  tidak terus leka kealpaan. Adakalanya Allah SWT hadirkan ujian dan kesusahan dalam hidup kita itu tanda Allah rindu untuk mendengar bicara kita. Maka berdoalah kerana Dia Maha Mendengar!

Sabtu, 7 Julai 2012

MeMeRiAhKan SuKmA PaHaNg ^_ ^

 fuuhhh penat berjalan..sehari suntuk berjalan..dri pagi smpai malm...mula2 g MyDiN bli barang...then g EaSt CosT MaLL, mkn tengahari n jalan2..dah penat jaln g MeGaMaLL, ada Pc FaIr..g tgk2 barang-barang laptop...lps tu g surau solat zuhur n asar sekli...eeemmmm pent jalan n tgk gelagat orang bli barang..jln raya pun sesak dgn kontejan2 dri semua negeri dtg...bertmbah sesak la...kan SuKmA thun nie di KuAnTaN..dpt gak tgk PeRaSmIaN PeMbUkAaN NyA...meriah sgt2 mcm perlawanan bola sepak lak...

time nie tidak ramai orang yg datang...

muka penat berjalan....:)

SuLtAn PaHaNg baru sampai n melambaikan tangan kpda rakyatnya smbil mengelilingi padang..

persembahan baru mula....

tarian dari adik2 sekolah...

maskot gajah..

atlet dari NEGERI SEMBILAN..

stadium mula dipenuhi....

x thu nak bt apa...ambk gmbr dlu..muka penat seharian berjln..


p/s : nanti kita g PeNuTuPaN SuKmA lak...InsyaALLAH...