Kehidupan yang penuh pancaroba ini merupakan satu tunjang untuk kita
berusaha inginkan yang terbaik. Sebagai manusia kita tidak terlepas
melakukan kesilapan kepada manusia mahupun kepada Allah S.W.T..
Ramai di antara kita mempunyai pendapat yang berbeza mengapa kita
perlu melakukannya. Adakah salah atau betul?. Hanya fikiran yang
konsisten sahaja akan menyatakannya. Di sini saya ingin meluahkan apa
yang terbuku di dalam hati saya selama ini di mana banyak yang saya
fikirkan tiada permulaan dan pengakhiran. Mungkin ramai yang tidak faham
apa yang ingin saya cuba sampaikan atau mungkin juga merumitkan untuk
merungkaikan persoalan ini. Justeru itu, saya perlukan sokongan dari
semua individu menyatakan pendapat mahupun kritikan untuk kita sama-sama
ada tanggungjawab memimpin kearah yang diredhai oleh Allah S.W.T..
Manusia yang telah lahir di dunia ini mempunyai tiga
tanggungjawab iaitu terhadap Allah S.W.T.. Kita diseru untuk
menghambakan diri kepada Allah S.W.T. termasuklah patuh pada segala
perintahnya dan jangan banyak soal dengan pertanyaan-pertanyaan kenapa
dan mengapa. Sikap yang merendah diri, berilmu dan sedar Allah S.W.T.
itu Maha Berkuasa menjadi pemangkin yang efektif kepada diri sendri.
Terpulanglah pada empunya badan mengkehendakkan yang benar atau
sebaliknya. Tanggungjawab seterusnya ialah jangan suka merosakkan diri
kerana tubuh badan ini merupakan amanah daripada Allah S.W.T. yang amat
berharga malah mungkin tidak ada yang setarafnya. Kita diminta
menjaganya dan jikalau ia terseksa, tubuh badan kita akan menyalahkan
diri kita di hadapan Allah S.W.T. kelak. Kita tidak mahu akan sebegini
rupa bukan? Oleh sebab itulah apabila kita membuat kesalahan, kita akan
dikutuk dan jikalau sikap sombong kita tidak akan disukai. Percayalah
bahawa apabila kita berbuat baik sesama makhluk, orang akan menyanjungi
dan mengenangkan kebaikan kita. Ingatlah 'buat baik berpada-pada, buat
jahat jangan sesekali'. Akhir sekali, tanggungjawab terhadap keluarga
iaitu saling sayang menyayangi dan hormat- menghormati dalam keluarga
itu perlu sebab dan itulah permulaan sesebuah tanggungjawab. Ungkapan
Rumahku, syurgaku menjadi tonggak sesebuah keluarga yang lengkap dan
harmoni. Hal ini kerana, rumah yang cantik ialah rumah yang dipagari
oleh cinta, berdindingkan kasih sayang, beratapkan kepercayaan dan
senyum penghuninya yang akan menerangi rumah itu. Tuntasnya, kita
dilahirkan di dunia yang fana ini bukanlah hanya kerana sia-sia tetapi
ada tanggungjawab dan hikmah disebaliknya yang memerlukan kita berfikir
dan bertindak untuk menghadapinya.
Selain itu, ramai diantara kita masih keliru akan erti kebahagiaan.
Pada pendapat saya, kebahagiaan memang tercipta untuk kita semua.
Mungkin bagi mereka yang menangis, yang disakiti hati dan perasaan. Juga
mereka yang mencari dan mencuba tanpa rasa jemu. Kita juga tergolong
dengan perkara itu kerana kebahagiaan itu bisa memahami erti kasih
sayang. Lenyapnya kebahagiaan itu akan tercetusnya kemelut dalam
kebenciaan pada diri sendiri mahupun kepada orang lain. Bahagia bagi
sesetengah orang mungkin merujuk kepada kebendaan, kemewahan, darjat
yang tinggi ataupun percintaan. Terlebih dahulu skop utama di sini saya
ingin sentuhkan bagaimana kebahagiaan itu tercipta dengan adanya kasih
percintaan sesama manusia. Percintaan memang dekat di sisi manusia itu
sendiri sama ada yang muda atau yang tua sekalipun. Memang tidak salah
untuk kita mencintai seseorang itu tetapi bagi saya cinta dengan makhluk
tidak akan kekal selamanya. Saya pasti semua di sana lebih
mengetahuinya bukan?. Jadilah hamba Allah S.W.T., jangan jadi hamba
cinta (makhluk) kerana cinta datang dan pergi, sering membawa derita
tetapi Allah S.W.T. tetap kekal dan cinta-Nya pasti membawa bahagia.
Bersyukurlah kita sebagai umat Islam kerana disaat kita berada dalam
kelukaan, Allah S.W.T. jualah menemani kita dan berikan ketenangan agung
yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit sekalipun. Kita seharusnya
bijak memikirkan yang mana harus kita dahulukan atau dikemudiankan.
Berpeganglah sentiasa kepada prinsip SIHAT iaitu Sentiasa Ingat Hanya
Allah Taala.
Biasanya ramai orang menyangka bahawa ketenangan itu
merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam kehidupan ini. Adakah
itu hanya dari kata-kata yang meniti dari bibir kita sahaja atau boleh
diklasifikasikan sebagai keikhlasan yang disengajakan. Terpulanglah
kepada individu itu sendiri mengiakan itu benar atau salah. Kita
mempunyai hak masing-masing untuk bersuara. Tetapi yang boleh dikatakan
relevan itu ketenangan lahir daripada ketulusaan hati yang ikhlas.
Mengapa saya berkata begitu kerana hati yang suci atau tulus sentiasa
berada dalam keadaan yang tenang. Bagi saya sesuatu yang perbuatan atau
tingkah laku yang lahir dengan niat hati yang bersih nescaya apa yang
dilalui hari-hari yang mendatang memperolehi ketenangan yang sebaiknya.
Susah untuk saya terjemahkan dengan lebih mendalam kerana ia hadir di
dalam hati saya sendiri. Percayalah ketenangan itu akan sentiasa berada
di samping kita seandainya kita fahami apa ertinya ketenangan itu dalam
kehidupan. Sebagai titipan saya ingin kongsikan terjemahan surah
al-Ansyar untuk kita sama-sama mengamalkannya. 'Bukankah Kami telah
melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan daripadamu
bebanmu. Yang memberatkan punggungmu?Dan Kami tinggikan bagimu sebutan
(nama) mu. Kerana Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka
apabila kamu telah selesai (dari segala urusan), kerjakanlah dengan
sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah
hendaknya kamu berharap. Semoga dengan surah al-Ansyar ini dapatlah kita
renungkan dan perbaiki diri supaya ketenangan itu ada pada diri kita.
Akhirulkaram, diharapkan intipati yang disampaikan menjadi wadah
untuk kita berusaha melakukan anjakan paradigma di dalam menghadapi
kepesatan modenisasi sekarang ini. Bersama- samalah kita memperbanyakkan
doa kepada-Nya kerana setiap apa yang kita lakukan mestilah doa yang
barakah menjadi tunjang utamanya. Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa
Nabi S.A.W. pernah bersabda: "Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda
membaca ayat: "Dan berkata Tuhan-Mu: "Berdoalah kepada-Ku..." (Hadis
riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi). Sebagai renungan untuk diri saya
sendiri serta masyarakat di luar sana, anggaplah perkara yang telah
berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapilah dengan cemerlang.
Jangan takut kepada celaan orang yang mencela jika saudaramu hanya pada
Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. serta orang yang beriman, pasti kamu
golongan yang berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan