Ahad, 15 Julai 2012

BeNtEnG TeRaKhIr : SuRaH Al-KaHfI dAn TaUhId IhSaN..

 "...Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat dari awal Surah Al-Kahfi maka dia akan dipelihara daripada fitnah Dajjal.."

Inilah ayat yang menjadi azimat untuk menghadapi fitnah Dajjal. Ketika Nabi Muhammad saw mengungkapkan hadis ini di hadapan para sahabat,Nabi saw telah maklum akan kualiti iman dan tahap tauhid para sahabat dan orang hadir mendengarnya.Rata-rata para sahabat memiliki tauhid ihsan dan kualiti iman pada tahap tertinggi iaitu iman haqqul-yakin. Satu hadis yang menggambarkan situasi iman umat islam ketika Dajjal muncul berbanding kualiti iman yang dimiliki oleh para sahabat.

" Sesungguhnya jika Dajjal itu muncul di zaman kamu (zaman para sahabat) nescaya kanak-kanak akan melemparinya dengan batu tetapi dia akan muncul di saat bilangan umat islam yang benar-benar kuat beragama hanya sedikit dan pengetahuan agama pun sangat sedikit dan orang ketika itu hidup dengan tidak mempedulikan nasibsaudaranya yang seagama."

Nabi saw tidak bermaksud kanak-kanak di zamannya akan mempermainkan Dajjal tetapi jika Dajjal muncul dengan segala helahnya maka pasti dapat dikesan oleh kanak-kanak di zaman Nabi saw kerana kanak-kanak di zaman itu jernih tauhidnya. Saidina Umar ra pernah berkata di hadapan Rasulullah saw : " Biarkan saya memenggal lehernya "

Malangnya pada hari ini ramai di kalangan kita yang merasa gagah untuk menghadapi Dajjal tetapi di dalam masa yang sama tidak mahu memperbaiki tauhidnya. Ketika kita sibuk mencari Dajjal, ada yang langsung tidak mengenali Tuhannya yang sebenar.Jika ada manusia yang mengaku dia memiliki kerajaan langit pun masih ada orang yang percaya. Nauzubilah... Tauhid ihsanlah yang akan menjadi benteng akhir didalam menghadapi fitnah Dajjal.Keyakinan kita akan diuji.Di dalam hadis,malaikat Jibrail bertanya soalan kepada Rasulullah saw ;

"....khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan?" Jawab Nabi saw, "Ihsan itu ialah engkau menyembah ALLAH seolah-olah engkau melihatNya,tetapi jika engkau tidak melihatNya maka ketahuilah sesungguhnya Dia melihat engkau"

Tauhid adalah sebuah keyakinan ;keyakinan yang kukuh di dalam hati.Ia umpama akar yang terjunam jauh di dasar bumi.Akar itulah yang melambangkan keyakinan kita kepada ALLAH. Ia melingkar di dalam hati sanubari kita. Ia bukan sekadar dibibir dan pemikiran semata-mata.

Ketahuilah bahawa tauhid bukanlah segunung kitab tetapi apa yang tertanam di dalam hati dan hati orang bertauhid kene melahirkan natijah ihsan; sehingga amal ibadah , solat , makan , minum , tidur baringnya dan segala yang menyangkut hal kehidupan terasa seperti diperhatikan ALLAH..Orang yang tegar tauhidnya , yang itqan di atas jalan tauhid tasawwuf adalh mereka yang digeruni DAJJAL..


Senjata yang diperlukan adalah tauhid ihsan,iman yang kukuh dan melazimkan bacaan Surah Al-Kahfi.Ada doa yang dititip oleh Nabi saw sebagai senjata ampuh untuk menghadapi fitnah Dajjal.Sungguh mulia dan kasihnya Nabi saw kepada umat,bimbang kita tidak mampu bertahan dengan fitnah dahsyat Dajjal.Leraikanlah segala sengketa remeh demi sebuah kesatuan ummah. Tidak kira siapa yang memulakannya,biarlah kita yang menjadi orang pertama yang menghentikan sengketa itu. Ketahuilah sengketa dan kebencian sesama kita mesti dileraikan kerana ia adalah mainan yang didalangi oleh Dajjal.









Rabu, 11 Julai 2012

BeRsAnGkA BaIk..^_^

Dalam seharian kita hidup dan Alhamdulillah sehingga hari ini kita masih bernyawa, hampir seluruh masa kita akan bersangka. Ketika hendak pergi ke tempat kerja, kita akan bersangka sama ada jalan sesak atau tidak. Ketika membeli makanan di kedai, kita akan bersangka sama ada sedap atau tidak dan sebagainya.

Memang sukar untuk bersangka baik, sememangnya satu cabaran untuk kita. Tetapi terdapat banyak keburukan dalam bersangka buruk. Contohnya, ia boleh membuahkan perasaan hasad dengki dan sebagainya. Malah, ia akan menjadikan diri kita sendiri lebih buruk daripada orang lain.

 pakah pangkat atau darjat kita sehingga mudah untuk menilai yang buruk bagi orang itu sedangkan zahirnya mereka melakukan perkara baik? Bukanlah hak kita untuk bersangka buruk dan memburukkan seseorang itu dengan hanya melihat dari segi fizikalnya sahaja. Hak untuk menilai seseorang itu hanya terletak pada Allah. Hanya Allah yang berhak menilai seseorang kerana Dialah yang mengetahui setiap hambanya dari dalam sehingga luar dan apa yang kita tidak nampak. Hak kita hanya bersangka baik kerana itu yang terbaik.

 Jangan terlalu mudah kita menilai seseorang itu jika seseorang itu hanya melakukan satu perkara yang kurang enak pada pandangan kita tetapi tidak menjejaskan orang lain.Tiada hamba yang sempurna dan kita perlu sentiasa mencari seribu satu jalan untuk membaiki diri kita dari masa ke masa. Apabila kita nampak seseorang itu melakukan sesuatu perkara, jangan mudah bersangka buruk. Bersangka baiklah kerana ianya baik untuk diri, hati dan perbuatan kita.

Jika seseorang itu melakukan perkara buruk, ambil pengajaran dan ingatkan diri kita supaya membaiki diri menjadi lebih baik dan tidak melakukan perkara yang tidak elok. Bersangka baik, hati baik, diri baik, semuanya baik. Insya-Allah :)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. "
 
p/s : janganlah prasangka buruk dengan ALLAH dan orang lain..siasat dlu sblm bt keputusan..kepercayaan sangat penting dalam sesebuah perhubungan yang terbina... 



Selasa, 10 Julai 2012

ApAbILa UjIaN MeNjEnGuK KiTa ^_^

Gerimis demi gerimis yang jatuh ke bahu sepanjang kita berjalan di jalan raya kehidupan ini adalah satu titik tolak untuk kita menjadi lebih baik. Akan tetapi, kita sebagai manusia perlu bijak untuk memenangi dan berlumba dengan ujian. Sama ada kita kalah dalam perlumbaan sengit ini atau kita menang dan menerima satu lagi sijil universiti kehidupan. Sedar atau tidak, dalam kebanyakan masa, kita banyak belajar dari perkara atau peristiwa pahit yang berlaku di sepanjang kehidupan.

Kerana apa? Kerana manusia lazimnya berfikir untuk berubah apabila merasakan dirinya sudah ditimpa kesusahan dan kesempitan. Dengan cara inilah manusia dapat belajar sesuatu tentang kehidupan. Tanpa musibah, hampir sahaja kita melakukan perkara yang sama setiap hari tanpa memikirkan apa dan kenapa perkara itu kita lakukan.

Ayuh kita lihat beberapa situasi,
• Bilakah masanya kebanyakan dari kita mula mengamalkan diet dan melakukan senaman? Ya, tentu sekali apabila merasakan berat badan semakin meningkat. Juga apabila doktor mula berpesan "Kalau kamu masih lagi tidak mengubah corak kehidupan yang gemar makan apa sahaja, maka tunggu sahaja saatnya kamu akan jatuh sakit." Lalu, kita pun mulakan perubahan.

• Di dalam persahabatan, kita hanya mula menyedari keberadaan sahabat kita apabila dia sudah bosan dengan sikap dan keburukan kita yang tidak pernah diubah. Di masa itu, kita mula bekerja keras untuk mengambil hatinya kembali kerana merasa kehilangan.

• Setelah kehilangan ramai pelanggan yang berharga, barulah seorang CEO sebuah syarikat belajar ilmu-ilmu berkenaan bagaimana untuk memberi servis terbaik untuk para pelanggannya.

• Seorang anak yang tidak baik kepada ibu bapanya hanya akan mula berasa menyesal yang teramat apabila melihat jenazah kaku si ibu di pembaringan. Pada saat itulah, penyesalan mula timbul. Lalu barulah hendak menyulam penyesalan dan berniat untuk sebuah perubahan.

• Bilakah pula masanya kita mula berdoa dan kembali kepada Allah? Setelah kita mula merasakan diri kita berada di dalam kesempitan musibah. 'Wahai Allah, berilah kemudahan kepada kesusahanku dan ampuni dosaku kerana melupakanmu." Itulah doa kita!
Begitu sifat asal manusia, kesempitan, kerugian dan kesusahan mampu merubah diri kepada yang lebih baik dan positif. Dan kerana itulah kita perlukan ujian! Lantaran itu, selalu sahaja kita mendengar "ujian itu adalah rahmat". Dan tidak asing juga"ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada kita" sering kita dengari apabila kita berada di dalam kesusahan.

Fitrahnya, setiap yang diuji dengan kesusahan pasti dihujungnya ada keindahan. Semakin ujian itu berat, maka semakin jualah keindahan yang berada di hujung jalan kehidupan itu lebih membahagiakan. Namun hanya merasa bahagia apabila ujian itu dihadapi dengan tenang dan optimis.

Hadapilah ujian itu dengan senyuman dan segunung harapan. Senyum tanda syukur dan berharap hanya pada Allah SWT semata. Semoga Allah SWT memberikan keringanan untuk menghadapi ujian dengan ditambahkan kekuatan iman dan taqwa. Semoga dengan 'berat'nya iman dapat menghilangkan rasa peritnya ujian. 

Apapun keadaan, apabila ujian menjenguk kita hadapilah dengan tenang. Sentiasa bersangka baik dan bersyukur kerana Allah SWT sentiasa memberi suntikan sebagai tanda ingatan kepada kita agar  tidak terus leka kealpaan. Adakalanya Allah SWT hadirkan ujian dan kesusahan dalam hidup kita itu tanda Allah rindu untuk mendengar bicara kita. Maka berdoalah kerana Dia Maha Mendengar!

Sabtu, 7 Julai 2012

MeMeRiAhKan SuKmA PaHaNg ^_ ^

 fuuhhh penat berjalan..sehari suntuk berjalan..dri pagi smpai malm...mula2 g MyDiN bli barang...then g EaSt CosT MaLL, mkn tengahari n jalan2..dah penat jaln g MeGaMaLL, ada Pc FaIr..g tgk2 barang-barang laptop...lps tu g surau solat zuhur n asar sekli...eeemmmm pent jalan n tgk gelagat orang bli barang..jln raya pun sesak dgn kontejan2 dri semua negeri dtg...bertmbah sesak la...kan SuKmA thun nie di KuAnTaN..dpt gak tgk PeRaSmIaN PeMbUkAaN NyA...meriah sgt2 mcm perlawanan bola sepak lak...

time nie tidak ramai orang yg datang...

muka penat berjalan....:)

SuLtAn PaHaNg baru sampai n melambaikan tangan kpda rakyatnya smbil mengelilingi padang..

persembahan baru mula....

tarian dari adik2 sekolah...

maskot gajah..

atlet dari NEGERI SEMBILAN..

stadium mula dipenuhi....

x thu nak bt apa...ambk gmbr dlu..muka penat seharian berjln..


p/s : nanti kita g PeNuTuPaN SuKmA lak...InsyaALLAH...