Ahad, 15 Julai 2012

BeNtEnG TeRaKhIr : SuRaH Al-KaHfI dAn TaUhId IhSaN..

 "...Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat dari awal Surah Al-Kahfi maka dia akan dipelihara daripada fitnah Dajjal.."

Inilah ayat yang menjadi azimat untuk menghadapi fitnah Dajjal. Ketika Nabi Muhammad saw mengungkapkan hadis ini di hadapan para sahabat,Nabi saw telah maklum akan kualiti iman dan tahap tauhid para sahabat dan orang hadir mendengarnya.Rata-rata para sahabat memiliki tauhid ihsan dan kualiti iman pada tahap tertinggi iaitu iman haqqul-yakin. Satu hadis yang menggambarkan situasi iman umat islam ketika Dajjal muncul berbanding kualiti iman yang dimiliki oleh para sahabat.

" Sesungguhnya jika Dajjal itu muncul di zaman kamu (zaman para sahabat) nescaya kanak-kanak akan melemparinya dengan batu tetapi dia akan muncul di saat bilangan umat islam yang benar-benar kuat beragama hanya sedikit dan pengetahuan agama pun sangat sedikit dan orang ketika itu hidup dengan tidak mempedulikan nasibsaudaranya yang seagama."

Nabi saw tidak bermaksud kanak-kanak di zamannya akan mempermainkan Dajjal tetapi jika Dajjal muncul dengan segala helahnya maka pasti dapat dikesan oleh kanak-kanak di zaman Nabi saw kerana kanak-kanak di zaman itu jernih tauhidnya. Saidina Umar ra pernah berkata di hadapan Rasulullah saw : " Biarkan saya memenggal lehernya "

Malangnya pada hari ini ramai di kalangan kita yang merasa gagah untuk menghadapi Dajjal tetapi di dalam masa yang sama tidak mahu memperbaiki tauhidnya. Ketika kita sibuk mencari Dajjal, ada yang langsung tidak mengenali Tuhannya yang sebenar.Jika ada manusia yang mengaku dia memiliki kerajaan langit pun masih ada orang yang percaya. Nauzubilah... Tauhid ihsanlah yang akan menjadi benteng akhir didalam menghadapi fitnah Dajjal.Keyakinan kita akan diuji.Di dalam hadis,malaikat Jibrail bertanya soalan kepada Rasulullah saw ;

"....khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan?" Jawab Nabi saw, "Ihsan itu ialah engkau menyembah ALLAH seolah-olah engkau melihatNya,tetapi jika engkau tidak melihatNya maka ketahuilah sesungguhnya Dia melihat engkau"

Tauhid adalah sebuah keyakinan ;keyakinan yang kukuh di dalam hati.Ia umpama akar yang terjunam jauh di dasar bumi.Akar itulah yang melambangkan keyakinan kita kepada ALLAH. Ia melingkar di dalam hati sanubari kita. Ia bukan sekadar dibibir dan pemikiran semata-mata.

Ketahuilah bahawa tauhid bukanlah segunung kitab tetapi apa yang tertanam di dalam hati dan hati orang bertauhid kene melahirkan natijah ihsan; sehingga amal ibadah , solat , makan , minum , tidur baringnya dan segala yang menyangkut hal kehidupan terasa seperti diperhatikan ALLAH..Orang yang tegar tauhidnya , yang itqan di atas jalan tauhid tasawwuf adalh mereka yang digeruni DAJJAL..


Senjata yang diperlukan adalah tauhid ihsan,iman yang kukuh dan melazimkan bacaan Surah Al-Kahfi.Ada doa yang dititip oleh Nabi saw sebagai senjata ampuh untuk menghadapi fitnah Dajjal.Sungguh mulia dan kasihnya Nabi saw kepada umat,bimbang kita tidak mampu bertahan dengan fitnah dahsyat Dajjal.Leraikanlah segala sengketa remeh demi sebuah kesatuan ummah. Tidak kira siapa yang memulakannya,biarlah kita yang menjadi orang pertama yang menghentikan sengketa itu. Ketahuilah sengketa dan kebencian sesama kita mesti dileraikan kerana ia adalah mainan yang didalangi oleh Dajjal.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan