Sabtu, 22 September 2012

Menyingkap Kekuatan di Sebalik SOLAT SUBUH

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :
"sesiapa yang hari ini lebih baik daripada kelmarin,dia seorang yang hebat..Sesiapa yang kelmarinnya lebih baik daripada hari ini,dia seorang yang tercela"   ( riwayat naim bin abdur rahman dan yahya bin jabir )


Kadang-kadang kita tertanya-tanya siapa manusia yang hebat itu?????siapakah mereka itu???
Mereka adalah insan-insan yang terpilih yang bangun awal sebelum subuh dan melaksankan SOLAT SUBUH setiap hari ikhlas kerana ALLAH s.w.t.

ALLAH s.w.t berfirman dalam surah al-isra' ayat 78 yang bermaksud : "Dan dirikanlah SOLAT SUBUH. sesungguhnya SOLAT SUBUH itu disaksikan oleh malaikat.

Tips untuk bangun awal subuh awal
  1. Setkan di minda,hati dan jiwa bahawa bangun awal ikhlas kerana ALLAH. Inilah asas kekuatan yang menggerakkan kita daripada tidur yang nyenyak.
  2. Mohon doa,kekuatan dan bantuan daripada ALLAH
  3. Mohon bantuan ibubapa,kawan-kawan dan alat penggera untuk mengejutkan banguan awal.
  4. Sebelum tidur,latihkan dengan mengikut sunnah seperti berwuduk
  5. Jika gagal,kita cuba lgi. Tanpa jemu dan bosan,insya-ALLAH lama kelamaan kita mampu melakukan.


p/s : nak jdi manusia yang HEBAT...bangunlah subuh awal...smga ia dimudahkan oleh ALLAH...SELAMAT MENCUBA  DAN BERAMAL SELALU...