Ahad, 19 Januari 2014

setiap langkah ada ujian dan dugaan 2014

Assalamualaikum,
 Dah lama tidak bersua dan bercoret...mgkin bz...pejam celik dah msk 2014..mcm2 azamku tanam tahun ini...alhamdulillah, ku pun dah bekerja selepas tamatnya dip di kptm mara kuantan selama 3tahun...keje pun baru msk 3bln..alhamdulillah,ok bekerja..bos n envoirement pun ok...just pnt skit..biasa la keje 12jam sehari...pnt gak berdiri n berjalan...hehehhe...gaji pun ok la..berpada la keje..

Awan putih berlangitkan sebiru warna, menambahkan keindahan alam semulajadi. Kecantikan alam yang tiada taranya menyaksikan pelbagai acara pementasan hidup yang beraneka gaya. Maha suci Allah yang menciptakan manusia yang berpasangan begitu juga makhluk Allah yang lain turut memenuhi pelusuk bumi.

Alhamdulillah, kita masih bernyawa menunaikan segala perintahnya, akur dengan ketentuan illahi walaupun penuh dengan pancaroba. Seringkali hidup dicabar dan diuji namun terus berdiri gagah dengan pertolongan Allah SWT.

Mengharungi hari demi hari membuat kita tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa kecil mahupun besar terpendam dilubuk hati dan adakalanya membentuk pelbagai rasa. Pernahkah kita memohon keampunan dariNya? Saya yakin kita sebagai hamba diberikan naluri untuk mengetahui akan dosa-dosa yang dilakukan walaupun tanpa sedar.

aat menadah tangan pohonlah keampunan kepada Allah, berdoalah dengan penuh pengharapan agar kita diampunkan dari segala dosa-dosa yang lalu. Biarlah air mata sepi menjadi saksi tanda kita takut kepadaNya. Beristighfarlah, kerana banyak hikmah terkandung disebalik makna-makna yang diucapkan.
Yakin dan percaya dengan kewujudan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Jangan lalai mahupun leka kerana kematian sentiasa menghampiri.

Beriman kepada Allah SWT adalah satu landasan yang merupakan penjuru disetiap kehidupan. Walaupun iman tidak boleh diwarisi tapi boleh menjadi benteng dalam menghadapi pelbagai keresahan hidup.

Berdoalah kerana dengan doa, Allah akan mendengar segala keluhan kita kerana tuhan tahu apabila kita melakukan dosa kita akan kembali mengadapNya. Perbaikilah diri dengan kesalahan serta kesilapan yang kita lakukan. Perelokkan nawaitu kita untuk kembali bertaubat dan bersujud padaNya.
Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat-ayat Allah iaitu al-Quran yang merupakan surat cinta yang diutuskan kepada hamba-hambanya.

Cinta Allah akan kekal dihati, kewujudanNya dapat dirasai, hadirNya bagaikan merentap sanubari.

“Ya Allah, aku bersedia menerima segala ujian dan dugaan-MU”.