Rabu, 25 Januari 2012

'Couple' Yang Halal

Indah kan kita bercinta?
Indah kan bila kita saling merindu?
Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?
Indah kan bila kita saling meluangkan masa?
Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).
Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila 'i love you'
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!


Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan  cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!
Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.
'Couple' lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seonok kan??
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).
Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal.
Indah kan?

Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah :)


Hakikat Kehidupan

Kehidupan yang penuh pancaroba ini merupakan satu tunjang untuk kita berusaha inginkan yang terbaik. Sebagai manusia kita tidak terlepas melakukan kesilapan kepada manusia mahupun kepada Allah S.W.T..
Ramai di antara kita mempunyai pendapat yang berbeza mengapa kita perlu melakukannya. Adakah salah atau betul?. Hanya fikiran yang konsisten sahaja akan menyatakannya. Di sini saya ingin meluahkan apa yang terbuku di dalam hati saya selama ini di mana banyak yang saya fikirkan tiada permulaan dan pengakhiran. Mungkin ramai yang tidak faham apa yang ingin saya cuba sampaikan atau mungkin juga merumitkan untuk merungkaikan persoalan ini. Justeru itu, saya perlukan sokongan dari semua individu menyatakan pendapat mahupun kritikan untuk kita sama-sama ada tanggungjawab memimpin kearah yang diredhai oleh Allah S.W.T..

Manusia yang telah lahir di dunia ini mempunyai tiga tanggungjawab iaitu terhadap Allah S.W.T.. Kita diseru untuk menghambakan diri kepada Allah S.W.T. termasuklah patuh pada segala perintahnya dan jangan banyak soal dengan pertanyaan-pertanyaan kenapa dan mengapa. Sikap yang merendah diri, berilmu dan sedar Allah S.W.T. itu Maha Berkuasa menjadi pemangkin yang efektif kepada diri sendri. Terpulanglah pada empunya badan mengkehendakkan yang benar atau sebaliknya. Tanggungjawab seterusnya ialah jangan suka merosakkan diri kerana tubuh badan ini merupakan amanah daripada Allah S.W.T. yang amat berharga malah mungkin tidak ada yang setarafnya. Kita diminta menjaganya dan jikalau ia terseksa, tubuh badan kita akan menyalahkan diri kita di hadapan Allah S.W.T. kelak. Kita tidak mahu akan sebegini rupa bukan? Oleh sebab itulah apabila kita membuat kesalahan, kita akan dikutuk dan jikalau sikap sombong kita tidak akan disukai. Percayalah bahawa apabila kita berbuat baik sesama makhluk, orang akan menyanjungi dan mengenangkan kebaikan kita. Ingatlah 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali'. Akhir sekali, tanggungjawab terhadap keluarga iaitu saling sayang menyayangi dan hormat- menghormati dalam keluarga itu perlu sebab dan itulah permulaan sesebuah tanggungjawab. Ungkapan Rumahku, syurgaku menjadi tonggak sesebuah keluarga yang lengkap dan harmoni. Hal ini kerana, rumah yang cantik ialah rumah yang dipagari oleh cinta, berdindingkan kasih sayang, beratapkan kepercayaan dan senyum penghuninya yang akan menerangi rumah itu. Tuntasnya, kita dilahirkan di dunia yang fana ini bukanlah hanya kerana sia-sia tetapi ada tanggungjawab dan hikmah disebaliknya yang memerlukan kita berfikir dan bertindak untuk menghadapinya.
Selain itu, ramai diantara kita masih keliru akan erti kebahagiaan. Pada pendapat saya, kebahagiaan memang tercipta untuk kita semua. Mungkin bagi mereka yang menangis, yang disakiti hati dan perasaan. Juga mereka yang mencari dan mencuba tanpa rasa jemu. Kita juga tergolong dengan perkara itu kerana kebahagiaan itu bisa memahami erti kasih sayang. Lenyapnya kebahagiaan itu akan tercetusnya kemelut dalam kebenciaan pada diri sendiri mahupun kepada orang lain. Bahagia bagi sesetengah orang mungkin merujuk kepada kebendaan, kemewahan, darjat yang tinggi ataupun percintaan. Terlebih dahulu skop utama di sini saya ingin sentuhkan bagaimana kebahagiaan itu tercipta dengan adanya kasih percintaan sesama manusia. Percintaan memang dekat di sisi manusia itu sendiri sama ada yang muda atau yang tua sekalipun. Memang tidak salah untuk kita mencintai seseorang itu tetapi bagi saya cinta dengan makhluk tidak akan kekal selamanya. Saya pasti semua di sana lebih mengetahuinya bukan?. Jadilah hamba Allah S.W.T., jangan jadi hamba cinta (makhluk) kerana cinta datang dan pergi, sering membawa derita tetapi Allah S.W.T. tetap kekal dan cinta-Nya pasti membawa bahagia. Bersyukurlah kita sebagai umat Islam kerana disaat kita berada dalam kelukaan, Allah S.W.T. jualah menemani kita dan berikan ketenangan agung yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit sekalipun. Kita seharusnya bijak memikirkan yang mana harus kita dahulukan atau dikemudiankan. Berpeganglah sentiasa kepada prinsip SIHAT iaitu Sentiasa Ingat Hanya Allah Taala.

 Biasanya ramai orang menyangka bahawa ketenangan itu merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam kehidupan ini. Adakah itu hanya dari kata-kata yang meniti dari bibir kita sahaja atau boleh diklasifikasikan sebagai keikhlasan yang disengajakan. Terpulanglah kepada individu itu sendiri mengiakan itu benar atau salah. Kita mempunyai hak masing-masing untuk bersuara. Tetapi yang boleh dikatakan relevan itu ketenangan lahir daripada ketulusaan hati yang ikhlas. Mengapa saya berkata begitu kerana hati yang suci atau tulus sentiasa berada dalam keadaan yang tenang. Bagi saya sesuatu yang perbuatan atau tingkah laku yang lahir dengan niat hati yang bersih nescaya apa yang dilalui hari-hari yang mendatang memperolehi ketenangan yang sebaiknya. Susah untuk saya terjemahkan dengan lebih mendalam kerana ia hadir di dalam hati saya sendiri. Percayalah ketenangan itu akan sentiasa berada di samping kita seandainya kita fahami apa ertinya ketenangan itu dalam kehidupan. Sebagai titipan saya ingin kongsikan terjemahan surah al-Ansyar untuk kita sama-sama mengamalkannya. 'Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu. Yang memberatkan punggungmu?Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu. Kerana Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari segala urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. Semoga dengan surah al-Ansyar ini dapatlah kita renungkan dan perbaiki diri supaya ketenangan itu ada pada diri kita.

Akhirulkaram, diharapkan intipati yang disampaikan menjadi wadah untuk kita berusaha melakukan anjakan paradigma di dalam menghadapi kepesatan modenisasi sekarang ini. Bersama- samalah kita memperbanyakkan doa kepada-Nya kerana setiap apa yang kita lakukan mestilah doa yang barakah menjadi tunjang utamanya. Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. pernah bersabda: "Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: "Dan berkata Tuhan-Mu: "Berdoalah kepada-Ku..." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi). Sebagai renungan untuk diri saya sendiri serta masyarakat di luar sana, anggaplah perkara yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapilah dengan cemerlang. Jangan takut kepada celaan orang yang mencela jika saudaramu hanya pada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. serta orang yang beriman, pasti kamu golongan yang berjaya.

Selasa, 24 Januari 2012

Majlis Cukur Jambul,Aqiqah & Doa Kesyukuran

Pada 22/01/2012 umah ku ada majlis kenduri..mcm tidak caya dapat anak buah lg...kenduri berlangsung secara besar-besaran...ayahku tempah 2 khemah...mcm org ada bertunang or kawin...sedangkan kenduri cukur jambul,aqiqah n doa kesyukuran je....mgkin emak n ayahku dah lama x bt kenduri n kelahiran org bru dlam keluarga...majlis begitu meriah...penat x leh nak ckp n bayangkan....

Aku smpai sbtu ptg kul 4lbh la sbb g shoping dkt BAHAU dlu...bli barang2 untuk hiaskan dkt buaian my hero...aku smpai je umah,ramai org kmpg datang untk tlg apa yg ptt...aku trs salam ayahku,emakku,akkku n saudara-mara yg dtg....aku rs cri my hero...rupanya die tido..x apa la bg die tido...mgkin pnt bermain...

 muka my hero lps bangun tido...comelkan..:)

die bt muka comelnye...die baik dgn asunye...rambut still terpacak..

bersama akkku,anak buahku n anak saudara..

sesi potong daging bersama org kampung...

design buaian..aku yg bt..
 
 smpai lentok2 tido..bru popok die kjp..my hero terlalu manje dgn asunye...mgkin rindu..hehhehe..
 
 org kmpg (L) yg memasak nie....

 abg tehku nie nak msk apa...mcm nak tnjk skill memasak je...

 sesi merhaban...org kampung..

 eemm..org marhaban dik leh tido...

 ngis sbb usik rambtnye...die x suka....;(

 die bt muka sdh...:)

 comelnye...dik tgk apa tu..huhu

dik syaamel dah x ada rmbt...rmbt terpacak...



majlis selesai kul 1lbh..pnt teramat la...x leh nak kata..sbb dah lama x bt kenduri...apa pun,alhamdulillah majlis berjalan lancar apa yg dirancang...saudara-maraku blik dlm kul 4ptg...terima ksh kepada yg hadir memeriahkan majlis...asu syg dik sgt2..nanti asu tgk dik ye...jgn nakal2 ye...huhu

SEMOGA IA JADI INSAN SOLEH,BERGUNA,BERAKHLAK,BERIMAN N BERILMU DDUNIA N AKHIRAT...



Rabu, 28 Disember 2011

~Ujian Allah Itu 'Tailor-Made'~


"Huh? What do you mean?"
"Yalah, macam baju, kalau beli di kedai , tentu takkan mengikut bentuk badan kita yang sebenar.Tapi kalau di'tailor-made'kan, tentulah akan secocok dengan tubuh badan kita, sehingga menepati segala lekuk anggota kita.Ujian Allah itu juga begitu.Ia tailor-made untuk semua hamba-Nya.Tidak ada seorang mendapat ujian yang sama."
"Untuk apa Allah beri kita semua ini?" Begitu tanyaku pada seorang saudara perempuanku yang amat berhikmah.
"Kerana, ramai orang akan terkesan dengan tarbiyah peristiwa, yang Allah dah aturkan untuk dirinya. Lain orang, lain ujiannya, dan kesemua itu Allah datangkan untuk memperbaiki diri kita dan menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ini."
Dia meneruskan.''Allah akan berterusan memberikan ujian sehinggalah pada satu masa, hamba-Nya itu takkan dapat minta pertolongan pun daripada manusia. Dan semua manusia takkan dapat menolong dia pun. Sehinggalah hamba-Nya itu akan hanya berpaling dan meminta pertolongan dari Dia sahaja.''
Begitulah jirusan taujihatnya kepadaku.
Dan dia berbicara sambil mengenangkan juga ujian yang dihadapinya, walaupun tidak dikongsikannya kepadaku. Dan kami tahu, betapa ramainya lagi akhawat yang menanggung ujian yang bukan sedikit, semenjak berkenalan dengan bumi dakwah yang sebenar yakni bumi Malaysia.






Sehinggakan Allah, mahu kita muhasabah balik diri kita, dan betulkan semula niat kita, setiap kali kita melangkah.Benarlah, ujian Allah pada setiap seorang dari kita adalah 'tailor-made'.Engkau dan aku, ujian kita tidak akan sama.Sebab Allah, nak memperbetulkan kelemahan kita itu.Selagi mana kita masih ada kelemahan, ataupun terjebak dengan dosa, Allah akan datangkan ujian, yang menyingkapkan kelemahan kita. Agar kita kembali kepada Dia dengan memperbetulkan diri kita dan menjadikan diri kita lebih baik daripada semalam.
Selagi mana kita tidak mempertingkatkan selagi itu Allah akan uji pada titik kelemahan kita.
Subhnaallah.

Insan Datang Dan Pergi

Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.

Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.
Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita.

Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.
Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya.

Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.

Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.

Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.

Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.

Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.

Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.

Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan?

Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain.  Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.
Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.
Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita.
Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya. Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.
Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita.

Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu?
Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.

Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.
Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.
Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.


Selasa, 27 Disember 2011

~akhirnye~

akhirnye cuti semester smkin hmpir penamatnye...eemmm mcm x puas lak...tpi pkir2 blik boring lak ddk umah lama2...nsib baik cti semester aku nie dipenuhi dgn aktiviti faedah...iaitu jga akk aku dlm pantang..seronok jga baby n ada anak buah bru nie....cara nak mndikan baby,mcm mane nak pujuk baby ngis...yg kelakarnye...time baby muntah...geli aku..dah la aku x leh bau susu...heheheh...mcm2 la aku nie...mlm2 baby ngis lak...meragam lak....susah baby nak tido...siang senang lak tido...time mlm je,ngis...klur x main dgn die,ngis lak...iiiiiissssshhhhh..mcm2 la..skrg die dah berisi....byk gak bju x muat...minum susu je...tpi bru sbln 14hri dah ada gigi...gigi tu tmbh time die lhir...mgkin ibunye terlbh kalsium kot...entah la...ciptaan ALLAH...

selain tu,aku g shoping dgn akk teh n anak buah aku dkt SOGO...SALE lg...aku bli kst n seluar jean..ingat kasut tu nak pkai time g kuliah,tpi aku dah pakai pun..x apa la,nanti pkai la time g kuliah...x pun bli je bru...mampus kene marah dgn emak,asyik bli kst je...kst dkt umah stu rak tu pun x terpakai...iiiissssshhhhh aku nie gile kst ke...kst dkt umah tu nak bt apa ye??????x apa la pakai jelah..huhuhu...shoping smpai kaki skit lak tu...huhuu..total shooping RM356..bykkan...dgn handbeg,bju,kst,sluar jean....tpi smua akk aku byr...dah bg duit poket,byr duit shoping lg...huhuhu...untung2...hahahha..jahat aku nie..tpi bile lg nak srh die belanje..lgpun akk aku nie memang rpt dgn aku...dlm keluarga,muka kitaorg memang seiras,smpai x knl mane stu akk n adik...tpi die nmpk akk la sbb dah nampak tua n garang skit....

selain g SOGO, g midvalley lak...aktiviti yg sma je...shooping jgk..teman member bli brg nak msk stdy...jenuh berjln..dri pg smpai malm...lenguh kaki nie..dah la pakai kst tumit tggi...hhuhu....nasib baik dlm bngunan ada aircond,x la pnt sgt....x la byk bli brg pun...sja je g enjoy..restkan n boring ddk umah...huhuhu...then bln yg sma g JOM HEBOH DKT BUKIT JALIL...dah la ramai org,mcm ikn sardin...nsib baik g awal,klur x,x thu nak ckp apa...tu la org melayu,hiburan cpt je g...klur g masjid or surau,payah n 1001 alasan bg....nasib baik g kjp je n teman org je....brg dkt sana x la murah..still sma je...yg x bleh than,air dlm cawan plastik yg jual dkt pasar mlm tu hrganye RM2..mahal gak..tpi pkir haus,bli jgk...bli2 n jmpa artis...then blik la...nak tggu bli tiket blik,berjam2 lak...nape la pakai coin????susah la..pakai kad udah....nak bt perubahn n nak ikut jepun bt apa...negara jepun tu memang dah maju...train pun laju n x delay...nie x train malaysia,asyik delay....dah la pakai duit rakyat...iiisssshhh...klur mesin coin tu murah x apa,nie beribu2...klur tukar satu,it's ok...nie smpai 10...ingat skit ke....iiiisssssshhhhh pembaziran je n susah org nak g ulang alik...nak bli tiket ulang alikkan senang..x la sesak dkt kaunter...apa yg berlaku,memang dah berlaku...biar ia berlalu...huhuhuhu...

thun 2011 akn berakhir dalm 3hri je..apa yg berlaku dlm thun nie,biar ia berlalu....stiap yg berlaku ada hikmh n sbb nape ia berlaku....kite x leh nak mngubah apa yg telah dittpkn oleh ALLAH....terima seadanye..thun nie gak,byk kenangan phit yg terpaksa aku telan jgk untk trskan hdp...byk aku belajar dri kesilapan dri ku sndri....SELAMAT TINGGAL 2011..SELAMAT DATANG 2012...smga ia jdi sinar dlm hdpku...smga thun bru nie memberi azam bru untuk trs hdp...biar kenangan dlm thun bru nie sentiasa menggembirakan hdpku...azam thun nie,aku nak memperbaiki driku spya lbh baik,bt yg terbaik dlm hdp n x sia2 masa yg ada untuk cpai sgla impianku......INSYAALLAH..smaga ALLAH mempermudahkan urusnku n memberkati hdpku..................

Rabu, 14 Disember 2011

sweet memory..

mlm nie tibe2 teringat zaman dlu2..mcm lama sgt aku tgglkan....seronok time stdy dlu...rasa nak undurkn masa,tpi x bleh la....time sijil,byk kenangan yg plg indah......kwn2 pun sporting...happy je time tu....time tu pada 2007, lps PLKN aku trs dpt smbg stdy.....mula2 kekok tpi excited sbb dah jdi mahasiswazah....hahah...akhirnye hbis gak zaman sekolah2...sku dapat kos electrik...dah lama zaman sekolah ambk subjek agama...nak jdi ustazah n angan2 nak g mesir terkubu lak....x apa la,apa yg berlaku ada hikmah n sbb knpa ia berlaku...skrg aku ambk kos engineering...so nak jdi jurutera or lect....doakan jdi kenyataan....

nie puteri yg ada dlm kelas....comel2kan...

nie suasana dlm bengkel....

time tarian untk konvokesyen...

time kursus di Terengganu....
time di TAMAN BUDAYA..ada aktiviti..huhuhuh
my roomate yg gile2 n sporting...syg korang..^-^
cntik x bju yg aku design...cntikkan.....rakan seperjuangan ku..
nie best friendku...muka comel2....
cpt masa berlalu...skrg aku smbg stdy lg di kuantan....tggl 2thun nak hbis stdy (diploma)..eeemmm lps nie,smbg degree lak....insyaALLAH...smga ALLAH mempermudahkan urusanku untk cpai sgala impian n cita2...smua hanye tggl kenangan je....aku akan ingat smpai bile2....terima ksh ALLAH memberiku bernafas lg atas muka bumi mu nie......

"Ya ALLAH,jdilah hambamu nie insan yg solehah,beriman,berakhlak,bertakwa n berilmu ddunia n akhirat..Lindungiku dri bisikan syaitan n anasir2 yg bleh merosakkan keimanan n ketakwaan ku pada-MU...smga impian ku jdi kenyataan n memperkenankan sgala doa2ku....AMIN3X"                   
^-^