Rabu, 14 Mac 2012

~TAUTAN HATI~

Bertemu cinta
dalam halaqoh,
Hidup lebih indah 
terarah,
Menyulam tautan hati 
kerana ALLAH,
Terpaterilah 
ikatan akidah .

‎~aku hanya merancang,,Allah jua yg menentukan..
~ku pasrah pd ujian..biarpun dtg menghujan..
~hikmah seiringan,,untk kufikirkan...
~biar segetir mana ujian melanda..
~baik berjaya atau kecewa..
~baik suka atau duka..
~kuterima dgn hati terbuka..
~krn mmg begitu kehendakNYA...
~kuyakini,,itulah yg t'baik dari-Nya...
~buatku seorang hamba...
~hanya Dia mengetahui segalanya..


 Puas kurayu,puas kuseru,
jawapanmu tetap yang dulu.
Oh,sukarnya mengajakmu!
Namun ,kasihmu padamu cukup padu,
lantaran itu,
aku kan terus menyerumu,
pada yang Satu.
Kugenggam kukuh suatu azimat,
"Kita hanya penyeru,bukan penghukum."
Ya ALLAH , kuharap bantuan-Mu mengiringiku.
Seru dan terus menyeru,
itu tugas Rasul-Mu,
akan kuteruskan semampuku,
hingga ke hujung waktu.



Ahad, 4 Mac 2012

~Bisikan Cinta Pertama~

Cinta itu berbisik
Menggamit setia sebuah kasih abadi
Bertaut dalam sudut hati
Yang jauhnya sukar aku jangkau
Aku terpesona dengan ciptaan Ilahi
Sebentar aku hilang dalam lamunan
Tersentak aku hiba
Terkilan rasa dihati
Saat tersedar aku dilamun
Keindahan bisikan cinta
Adakah dosa bagiku Ya Allah?
Aku dibuai pesona wajahnya
Terdetik kesal saat khilaf
Membuka mata
Namun gelora jiwa ini terus membadai
Membawa helaian cinta
Yang aku sendiri tidak memahami kebenarannya.
 Ya Allah
Andai cinta ini anugerahmu
Andai cinta ini bisikan darimu
Andai cinta ini milikku
Peliharalah hati ku dan hatinya
Agar cinta ini bersemi
Di atas landasan Perjuangan islam
Ya Allah
Aku redha mencinta
Dan dicintai
Jika ini ketentuan Ilahi
Akan ku simpan bisik hati ini
Sehingga harinya terpatri
Dua jiwa bersemi

~Panduan Memilih Jodoh~

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.

Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com. Antara yang menarik tulisan berikut:

Hadith Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS. Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

Apa tujuan berumahtangga?
"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.

Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana [1] kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.

Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan."Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.Benar sekali, pilihlah yang beragama."Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.

PENYAKIT "TIDAK JELAS"
Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar [2] menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal mahu yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan mampu dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.Dia mungkin bertudung labuh.Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".

HANYA 'BERAGAMA'?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri.

Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.
Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.

Selasa, 21 Februari 2012

~seminar kecelaruan identiti belia~UIA

pada hri sbtu , aku g uia nak dgr seminar pasal kecelaruan idntiti belia...anjuran PEMBINA PAHANG..x la ramai yg g sbb diorg g main futsal....seminar tu dri pgi smpai ptg..pnt gak..x apa,aslkn dpt tmbh ilmu ddunia n akhirat....

 bersama ida
 pelajar yg pergi seminar
 time nak msk dewan
bersama ida,yana

 dah nak blik kmpus
 bersama fanalis solehah

Khamis, 16 Februari 2012

~jom santai bersma SHAM KAMEKAZE~

15/02/2012 kolej ku mengadakan satu program di bawah kelab kerohanian iaitu JOM SANTAI BERSAMA SHAM KAMEKAZA pada kul 5pm smpai kul 7.00pm...alhamdulillah program tu berjaln dgn lancar dgn izin ALLAH dan kerjasama dgn smua pihak..sya dlm bahagian protokol...eemmm...pnt gak n seronok sbb smua pelajar memberi kerjasama dgn phk kami n kolej...abg Sham datang kul 5 sbb sesat nak cri kolej ku..slps tu abg Sham pergi ke surau untuk solat asar n minum ptg bersama pengarah,TPP,TPA..walaupuan tetamu agak pnt tpi still senyum dgn smua org...stiap org bleh berubah menjadi lbh baik sblm nie...walaupun abg Sham merupakan seorg main gitar n artis tpi die x smbg malah die peramah...selain tu,abg Sham berkongsi ilmu yg sgt berguna n bermanfaat...walaupun masa terlalu singkat bersama abg Sham,tpi ilmu yg dismpaikan memberi manfaat...abg Sham terpakasa bergegas pergi ke gombak sbb mlm tu ada ceramah bersama pelajar UIA GOMBAK.....terima ksh abg Sham dtg ke kolej ku n lain kali leh berjmpa lg untuk program yg lain....


 jwab soalan yg dberi
 tenang je muka abg Sham
 time msk dlm dewan
bersama pengarah,abg Sham n TPP
 yg terlibat.......
 hantar abg Sham pulang.....
 exco yg terlibat
menunggu pelajar dtg

terima kasih yg terlibat menjayakan program ini...smga ALLAH dpt membalasmu dgn ganjaran yg lain...smaga ALLAH mempermudahkan urusan kite ddunia n akhirat............. :)





Khamis, 2 Februari 2012

sweetday

1/2/2012..dah 20 thun dah dik ieja nie...ieja nie stu kelas dgn aku...kami je berdua perempuan...yg lain jejaka2 idaman spa ye...huhuhu..kami smbt besday di SECRET RESEPI...yg belanje kami mkn,mentor kami..miss illyana...suasana agak meriah n happening je...asyik gelak n ketawa je...pnt mulut nie gelak...

bersama dik ieja n miss...syg korang..:)

muka kami  lg..:)

bersma miss,nohi n sya..:)

mcm2 makanan yg dpsn..x sbr nak mkn...

nie la dik ieja...:)..smpt lg post secret resepi..


"SEMOGA PANJANG UMUR,MURAH REZEKI N DBERKATI OLEH ALLAH...JGN NAKAL2 YE..STDY MOLEK2.."

Rabu, 25 Januari 2012

Rahsia Solat

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".
Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.