Isnin, 21 Mei 2012

Jangan Menyalahkan Takdir


Terkadang,
Angin yang lembut itu bisa berubah kencang,
Dan manusia yang sedang ketawa itu,
Terus menangis gundah..
"hahahaha" Satu hari, Adam seronok bergelak ketawa, sambil kaki berjalan mengundur.
Gedebuk!
Seperti nangka sahaja jatuhnya, semua yang ada terkejut.
Adam kembali bangun, menggosok-gosok punggungnya, "HAHA. tak sakit tak sakit." Katanya selamba.
Ah anak kecil ini.
Dahulu Kita Juga Sepertinya
Sahabat,
Dahulu, Sewaktu kita kecil kita juga kuat. Banyak kali kita terjatuh ketika cuba hendak berjalan, tapi akhirnya kita bangkit kembali. Banyak kali kita 'dikecewakan' kerana tidak dapat menjamah semua makanan, tapi selepas itu kita ketawa kembali. Banyak kali kita bergaduh dengan teman sebaya, tapi selepas itu kita kembali bersapa dan berbual mesra.
Tapi,Semakin kita menginjak dewasa, kekuatan itu semakin hilang.
Waktu ditimpa dugaan, kita asyik bersedih.
Waktu disapa ujian, kita asyik merungut.
Kita asyik menuding jari kepada Allah, sedang Allah telah pun memujuk kita dengan ayat-ayat cintaNya :
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Al-Insyirah : 5-6)
Terkadang ada manusia yang jadi malas beribadat, tidak lagi percaya kepada Allah. Sedang Allah setia menunggu, rintihan dan doa dari hamba yang amat dirinduiNya..
Sahabat,
Dahulu, seorang sahabat Nabi, ketika ujian tidak ditimpakan kepadanya, dia berasa gundah dan sedih, soalan yang sama diulang-ulang : Apakah Allah telah lupa kepadaku?
Sekarang sahabat,
Allah menguji tidaklah sehebat ujian yang ditimpakan kepada ummat terdahulu.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Zainab puteri Rasulullah yang terpaksa memilih antara suami yang masih jahiliyyah atau ayah tercinta.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Sumayyah yang seisi keluarganya dibunuh di hadapan mata.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Bilal bin Rabah, dijemur, diseksa, dihempap batu.
Sahabat,
Allah sungguh kasih kepada kita. Tapi berbalaskah kasih itu?
Jangan Menyalahkan Takdir
Ada orang, yang usahanya sedikit, dan bila datang sesuatu yang tidak memuaskan, dia berkata : Ini adalah takdir.

Sahabat,
Kata-kata begitu hakikatnya seolah-olah kita menyalahkan takdir. Sesuatu yang belum berlaku tidak dinamakan takdir, bahkan kita masih ada peluang untuk mengubahnya.
Jika semuanya mahu bergantung kepada takdir, maka orang jahat tidak akan berubah menjadi baik kerana takdirnya sudah jahat.
orang miskin tidak perlu berusaha mencari duit, kerana takdirnya sudah miskin.
Pelajar corot tidak perlu belajar kerana takdirnya sudah corot.
Begitukah?
Mari kita baca satu cerita :
Ketika wabak penyakit berlaku di Syam, Umar Al-Khattab telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk tidak memasuki Syam.
Ada yang bertanya : Adakah engkau melarikan diri daripada Qadar Allah wahai Amirul Mukminin?
Beliau menjawab : ya, kita lari daripada Qadar Allah kepada Qadar Allah. Apa pendapat kamu jika kamu berada di atas dua jenis tanah iaitu yang subur dan kering. Bukankah jika kamu usahakan yang subur, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah dan jika kamu ushakan yang kering, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah juga?
Nak dengar cerita lagi?
Suatu ketika, seorang lelaki telah kalah dalam satu perbahasan dan berkata "Allah telah menentukan bahagianku."
Nabi SAW memarahinya kerana berkata demikian.Lahiriahnya kata-kata itu menggambarkan iman tetapi hakikatnya menampakkan kelemahan.
Sabda baginda:
"Allah membenci orang yang lemah, tetapi apabila tewas dalam suatu urusan kamu berkata: Bahagianku telah ditentukan oleh Allah."
Berusaha dan berusahalah dengan bersungguh, pilihlah takdir yang kita mahu... sehingga di pengakhiran usaha, ada sesuatu yang kita dapat setelah berusaha, barulah berkata : inilah yang telah ditentukan Allah buatku.
Tanya pada diri, apa usaha kita, dan jangan asyik berkata "Ala,dah takdir.."
Jadilah kuat. Islam itu hebat, maka mari jadi hebat untuk Islam.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar-Ra'd :11)
Berimanlah kepada Qada' dan Qadar Allah ; berusaha dengan apa yang kamu termampu dan berserah dengan kekuasaan Allah. Bekerjalah tanpa putus asa.
Jernihkan fikrah kita. Islam itu amaaaatttt Indah.
 Berusaha!
Fighting!
Tatkala hujan yang lebat itu telah pergi,
Pelangi memuncul diri,
Dan manusia,
Terus merungut mengenangkan hujan yang telah pun berlalu..

alhamdulillah..



alhamdulillah selesai exams final untuk sem 3...apapun bleh la cti sem...tpi cti sem kjp je..x apa la...ckp la untuk restkan kepala...byk gak plan nak g time cti..smga ALLAH mempermudahkan urusanku ddunia n akhirat...amin3x...



Jumaat, 27 April 2012

Renungan ^-^

Wahai teman...Kalau org kata kamu..
TAK CANTIK, TAK HENSEM, TAK BERSERI,TAK LAKU,GELAP...
"Tak ape...biar TAK CANTIK RUPA tapi,
CANTIK AKHLAKnya"
"Tak ape...biar TAK HENSEM RUPA tapi,
HENSEM IMANnya"
"Tak ape...biar GELAP KULITnya,
Asalkan tak GELAP HATInya"
"Biar tak BERSERI WAJAH (Pakai Produk Mahal) asalkan,
SERI WAJAH tak lekang dari WUDUK"
"Biarlah orang kata TAK LAKU,
Sebab ALLAH tak melihat LUARAN melainkan IMAN kita "

::: Hati Itu Perlu Sahabat :::
::: Zikir Dan Quran Itulah Ubat :::
::: Hati Itu Persoalan Jiwa :::
::: Sebentar Menangis Sebentar Ketawa :::
::: Pujukan Iblis Teramat Kuat :::
::: Sabarkan Hati Tabahkan Semangat :::
::: Jika Sudah Terlanjur Laku :::
::: Segera Kembali Kepada Yang Satu :::

 

♥ maafkanlah, walaupun hati TAK MAMPU bertahan..
♥ maafkanlah, walaupun hati terpaksa menanggung KEPERITAN..
♥ maafkanlah, walaupun hati berkata TIDAK..
♥ maafkanlah, walaupun hati ini SELALU disakiti..
♥ maafkanlah, walaupun hati merasa TERPAKSA..

~> kerana dengan sebuah KEMAAFAN dapat memberi kesejahteraan, kebahagiaan, keindahan & ketenangan dalam kehidupan kita..InsyaAllah..♥

 

Kala hatimu sakit kerana beratnya ujian hidup, tentunya sambil menangis kita akan berkata..

''Ya Allah, mengapa ini semua menimpaku? Katakanlah pada diri ''

Namun yakinlah ini cara Allah menjadikan kita kuat dan memberikan rahmat-Nya serta menunjukkan betapa sayang dan cintaNya Dia kepada kita. Kerana dalam ujian itu DIA pun pasti sudah menyiapkan JALAN buatmu.
Alhamdulillah.

 

*Renung-renungkan...Selamat beramal...^___^**

 

 

 

Rabu, 18 April 2012

~restkan minda seketika!!!!

penat kepala stdy stiap masa,stiap saat n stiap minit...rehat la skjp bersama2 kwn g bandar kuantan...hehheh..mcm x pernah g bndr lak...huhuhu.....

butik baju....

bersma rakan seperjuangan...

muka penat...rehat seketika.....

Selasa, 10 April 2012

mood kurang baik..............

tiba-tiba teringat ksh lama...terasa nak undur blik je masa..best time tu..klur stdy molek2,aku dah ke MESIR..bestnya...nape la aku nie????smua yg berlaku ada hikmah n sebab .......time sekolah byk kenangan manis n pahit....sek menengah form1-3 Sek.Men.Rendah Agama Gemencheh....time nie ddk luar..hari2 g sek naik bas sbb jauh gak..kot nak ayah hantar lak....byk la kenangan manis n pahit dkt sna..huhuhu...lps form3 pindah sek dkt Hulu Serting...Sek Men Agama Dato' Hj Mustafa...ddk asrama lak tu...yg x suka time orentasi..huuhu..pnt gile...smpai nak pindah sekolah lak...tpi pkir 2thun je..ddk jelah..redha..hahahhahha...tpi yg x leh lupa ada abg waden suka aku...terkejut lak...mula2 bg surat...then bg kain pasang lak....x sngka la jdi mcm nie...pening gak time tu..ramai2 member kata ada apa2 ke n gosip2 lg...abg tu yg minat aku...bkn aku....x sngka ada peminat time sek...huhuhu...kain pasang tu aku bt la baju..still ada lg..heheheh...mgkin abg tu dah g MESIR dah...terasa nak g sna stdy...x thu bile...doa2 bleh la stdy dkt negara org n tgk negara org yg cntik tu...huhuhu...dlu aku ambk kos agama n arab...nie skrg aku jauh dri bidang tu...aku ambk kos engineering....INSYAALLAH jdi engineer or lect..amin3x.....member2ku smua terkjt sbb aku kos ini...yg lain smua kos bhs arab,alquran alsunnah, n mcm2 lg la yg berkaitan agama islam....hbis form5 dpt lak PLKN siri pertama...dah la time tu emak n ayah aku g tunaikan haji..sdh gak sbb smua aku kene bt....dah la x reti...apa pun hdp kene berdikari.......smbg..^-^



 aku terasa nak pakai tdung labuh...rindu sgt2...tpi slow2 la aku bt perubahn....mula2 pakai jubah...take time gak nak pakai tudung labuh...smga ALLAH mempermudahkan urusan n hajat aku nie.....klur bleh nak mcm dlu...dlu aku pakai tdung labuh nie...sjk mata yg memandang...nak dapat suami soleh,aku kene memperbaiki dri spya ia jdi yg terbaik n muslimah solehah....nak cri suami or peneman hdpku ddunia n akhirat,bleh terimaku seadanya n keluargaku....ada agama (bleh pimpin aku n anak2)..nak cri yg semprna dimuka bumi nie x adakn jmpa....ALLAH TELAH CIPTA UMATNYA SEBAIK-BAIK UMAT....jodoh n mati smua dah tertls yg MAHA ESA...masa akan tiba jua..tggu jelah.....kadang2 cembru gak tgk org bercinta..sms n cll sntiasa...tpi pkir blik,couple lama2 nanti kwin ke????klur ada jdoh,kwinla...klur x ada jdoh,pts mcm tu je...klur mcm tu,buang masa,buang duit n buang segala2nye...memang la smua tu perlukan pengorbanan tpi sia2 je....apa yg berlaku jdilah teladan n pengajarn je....ALLAH BG KITE PELUANG HDP..HARGILAH HDP NIE...MATI HANYE SKLI JE...hilang pakwe,x semestinya hlg segala2nye...ada ALLAH,family,kawan n org sekeliling still sygkan kite.....jdoh tu ada,just x thu bile..cpt or lmbt je...smua nie KERJA ALLAH...ALLAH NAK BG YG TERBAIK UNTUK UMATNYE.....




Sabtu, 24 Mac 2012

~love oh love~

Cinta amat mahal takrifnya,itulah yang difitrah oleh ALLAH s.wst kpda hambanya. Cinta hanya tertulis pada perkataan , tapi gagal dilihat pada zahirnya kerana cinta itu tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya...Ingat pada yang setia,jujur pada yg  setia , setia pada yang kasih, kasih pada yg rindu,rindulah pada yang menyanyangimu...cinta tidak akan datang kalau tidak dcri , cinta juga x akn dpt kalau tiada sapa yang memberi....tapi mencri biarlah pada yang sudi bukan meminta pada yang simpati................




" berilah hatimu hanya untuk ALLAH , pasti ALLAH temukan padamu pemilik terbaik , hamparkan masamu seluasnya hanya untuk ALLAH , pasti ALLAH aturkan seluruh kehidupanMU sebaiknya "


Aku hanya merancang ,

ALLAH jua menentukan,

kupasrah pada ujian ,

Biarpun datang menghujan,

Hikmah seiringnya

untuk kufikirkan

Biar segetir mana ujian melanda,

Baik berjaya @ kecewa

Baik suka @ terluka 

ku terima dengan hati terbaikku,

Kerana memang begitu kehendakNYA

ku yakini itulah yang terbaik dirinya

Buatku , seorang hamba 

Hanya dia mengetahui SEGALANYA....

Jumaat, 16 Mac 2012

~Muhasabah Cinta~



 Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

 *
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu