Jumaat, 18 November 2011

Jangan Tawarkan Sesuatu Ketika Gembira, Jangan Cakap Sesuatu Ketika Marah

Setiap tindakan dan keputusan kita sebagai manusia tidak selalunya rasional. Biasanya ia akan dipengaruhi oleh emosi. Emosi tidak bermaksud emosi negatif sahaja. Emosi positif dan pelbagai emosi lain yang kita alami.

Bayangkan anda baru mendapat berita bahawa anak anda ditangkap merokok di sekolah. Dalam keadaan marah ini, ada seorang pelanggan yang datang ke pejabat untuk mengkritik mengenai perniagaan anda. Itu tidak betul, ini tidak betul.

Anda mungkin akan bertindak dengan memarahi pelanggan itu. Dengan tindakan anda ini, anda akan kehilangan pelanggan ini buat selama-lamanya.
Dalam keadaan normal, mungkin tindakan anda jauh berbeza. Anda mungkin akan mendengar kritikan ini dan memohon maaf serta berjanji akan membetulkan keadaan.
Jadi ini contoh jelas, kita sering terpengaruh dengan emosi sewaktu membuat keputusan harian.

Namun perlu juga diambil perhatian, keadaan ini tidak hanya wujud sewaktu anda marah. Keadaan ini juga wujud sewaktu anda dalam keadaan sangat gembira.
Sewaktu gembira, anda berada dalam mood yang sangat baik dan ini juga akan mempengaruhi keputusan yang anda akan lakukan.

Bayangkan anda baru menyambut kelahiran anak yang baru. Anda sangat seronok dan excited. Pada masa yang sama, ada pekerja anda datang berjumpa untuk balik awal pada hari ini.
Kebarangkalian besar, anda akan meluluskan permohonan balik awal ini.
Mungkin dalam keadaan biasa atau dalam keadaan marah, anda akan bermasam muka dan memarahi pekerja itu sebelum membenarkannya balik. Tetapi dalam keadaan gembira, tindakan anda nyata berbeza.
Jadi bagaimana untuk membuat keputusan yang rasional? 
Anda perlu menenangkan diri dahulu sebelum berkata apa-apa sewaktu marah. Dan anda perlu reda dari gembira sebelum membuat keputusan sewaktu gembira.

Ingatan yang penting : Jangan Tawarkan Sesuatu Ketika Gembira, Jangan Cakap Sesuatu Ketika Marah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan